Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • “Biarlah rakyat menilai kepimpinan, bukan saya menilai diri sendiri” – Abang Johari
  • SEMASA

“Biarlah rakyat menilai kepimpinan, bukan saya menilai diri sendiri” – Abang Johari

Utusan Sarawak 11 hours ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada sidang media sempena Konvensyen GPS di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

KUCHING: Penilaian terhadap prestasi kepimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) wajar diserahkan kepada rakyat dan pihak luar, bukannya dibuat oleh pemimpin sendiri.

Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, pendekatan tersebut mencerminkan prinsip kepimpinan yang terbuka dan berasaskan penilaian sebenar di lapangan.

“Saya tidak menilai diri saya sendiri. Biarlah rakyat yang menilai saya. Setakat ini perkembangan GPS menunjukkan pengiktirafan positif daripada pelbagai pihak termasuk dalam dan luar negara, sekali gus membuktikan terdapat kemajuan yang dicapai oleh Sarawak.

“Setakat ini, orang memantau kita dan mereka kata kita agak maju. Jika pemimpin negara mengiktiraf dan orang luar juga mengiktiraf, itu bermakna ada sesuatu pada kita,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Konvensyen Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

Tambah beliau, kehadiran delegasi asing yang kerap ke Sarawak turut menjadi petunjuk kepada pengiktirafan terhadap pembangunan negeri ini, termasuk dalam sektor baharu seperti aeroangkasa dan semikonduktor.

“Kedutaan hampir setiap minggu dan setiap bulan datang. Minggu lepas dari Bangladesh dan Itali. Itali juga meneroka kerjasama dalam aeroangkasa.

“Pelaburan oleh syarikat teknologi antarabangsa sebagai bukti keyakinan terhadap ekosistem pelaburan Sarawak, termasuk pengembangan oleh Western Digital serta X-FAB di negeri ini.

“Western Digital berkembang dan mereka mengiktiraf tenaga kerja kita. Sebab itu mereka melabur RM2 bilion di Samajaya. Begitu juga X-FAB,” jelasnya.

Apabila ditanya mengenai penilaian terhadap prestasi beliau dan GPS sejak penubuhannya serta hala tuju gabungan itu, beliau menegaskan penilaian tersebut wajar diserahkan kepada rakyat dan pihak luar.

“Untuk menjawab soalan, biarlah orang menilai kita. Mana ada kita angkat bakul sendiri,” tegas beliau.

Oleh Masrin Affirah

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Golongan muda diberi ruang dalam kepimpinan, pemimpin lama diminta tidak merajuk – Premier Sarawak
Next: Ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri termasuk Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.