
KUCHING: Kenderaan jenis Proton Saga musnah sepenuhnya dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku di hadapan sebuah pasar raya, Batu 10, di sini hari ini.
Menurut laporan, panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada 12.03 tengah hari.
Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan telah dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan operasi pemadaman.
Komander Operasi, PBK I Ismail bin Zulkifli memaklumkan bahawa kebakaran melibatkan kenderaan yang telah terbakar 100 peratus.

“Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden tersebut,” katanya.
Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bertindak menggunakan satu aliran salur bantu mula (SBM) bagi mengawal dan memadam kebakaran.
Operasi kemudian diteruskan dengan kerja-kerja pembersihan secara menyeluruh bagi memastikan tiada sisa api yang boleh mencetuskan kebakaran semula.