Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Jaket keselamatan digunakan mangsa terselamat Titanic dilelong AS$906,108
  • GLOBAL

Jaket keselamatan digunakan mangsa terselamat Titanic dilelong AS$906,108

Utusan Sarawak 5 hours ago
JAKET keselamatan yang dipakai seorang mangsa terselamat dalam tragedi Titanic dijual pada harga AS$906,108 dalam satu lelongan, semalam.

LONDON: Jaket keselamatan yang dipakai seorang mangsa terselamat dalam tragedi Titanic dijual pada harga AS$906,108 dalam satu lelongan, lapor PA Media/dpa.

Penumpang kelas pertama Laura Mabel Francatelli memakai jaket itu ketika berada di dalam bot penyelamat nombor satu, dan ia ditandatangani oleh lapan lagi mangsa terselamat, termasuk anggota bomba Charles Hendrickson dan George Taylor, serta kelasi James Horswill.

JAKET keselamatan yang dipakai seorang mangsa terselamat dalam tragedi Titanic dijual pada harga AS$906,108 dalam satu lelongan, semalam.

Sebuah jam tangan yang dijumpai pada mayat seorang ahli perniagaan kaya yang lemas dalam tragedi itu pula dijual pada harga AS$225,000 dalam jualan sama.

Sementara itu, kusyen tempat duduk bot penyelamat, yang mempunyai plak asal bot penyelamat Titanic berbentuk panji White Star, dijual pada harga AS$487,500.

KUSYEN tempat duduk bot penyelamat, yang mempunyai plak asal bot penyelamat Titanic berbentuk panji White Star, dijual pada harga AS$487,500, semalam.

Pembelinya ialah Titanic Museum Attraction di Pigeon Forge, Tennessee, dan Branson, Missouri, dan kusyen itu akan dipamerkan, kata pihak pelelong.

Lelongan semalam berlangsung di Henry Aldridge and Son di Devizes, Wiltshire melibatkan 344 lot. 

Kira-kira 15 daripada barangan itu berasal daripada kapal malang berkenaan sendiri manakala hampir separuh lagi berkaitan dengan kisah kapal itu secara lebih meluas.

 “Saya fikir harga pecah rekod ini mencerminkan minat berterusan bukan sahaja terhadap kisah Titanic, malah terhadap penumpang dan anak kapalnya.

“Kenangan mereka diabadikan menerusi barangan ini,” kata pengarah urusan firma lelongan, Andrew Aldridge kepada Press Association.

-Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Arab Saudi tingkat kesiapsiagaan seiring ketibaan jemaah haji
Next:
Robot dominasi separuh maraton Beijing, rekod baharu tercipta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.