Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 60 warga SK Mupong sertai ceramah keselamatan kebakaran
  • Tengah
  • WILAYAH

60 warga SK Mupong sertai ceramah keselamatan kebakaran

Utusan Sarawak 7 hours ago
ANTARA pengisian aktiviti yang dijalankan oleh pihak bomba dan warga SK Mupong. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Seramai 60 peserta terdiri daripada murid, guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan (SK) Mupong telah menyertai ceramah keselamatan kebakaran sebagai usaha meningkatkan tahap kesedaran dan kesiapsiagaan menghadapi kecemasan kebakaran.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata program tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan pihaknya dalam memperkukuh pengetahuan keselamatan kebakaran di peringkat sekolah.

“Program yang berlangsung dari 9.30 pagi hingga 11.15 pagi pada Khamis lalu, melibatkan penyertaan 37 murid, 18 guru dan lima kakitangan sekolah.

ANTARA pengisian aktiviti yang dijalankan oleh pihak bomba dan warga SK Mupong. Foto BBP Bintangor

“Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada warga sekolah mengenai langkah pencegahan kebakaran serta tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, antara pengisian utama program adalah demonstrasi pengendalian kebakaran dapur, ceramah pencegahan keselamatan kebakaran dan latihan praktikal penggunaan alat pemadam api (APA).

“Melalui demonstrasi dan latihan yang dijalankan, peserta dapat memahami tatacara penggunaan alat pemadam api dengan betul dan langkah keselamatan yang perlu dipatuhi bagi mengelakkan risiko kebakaran.

“Selain itu, anggota bomba turut menjalankan pemeriksaan menghapus bahaya kebakaran (MBK) di kawasan sekolah bagi mengenal pasti potensi risiko yang boleh menyebabkan kejadian kebakaran,” katanya.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Masyarakat digesa tapis maklumat penting bagi kekalkan keharmonian komuniti
Next: 158 pintu rumah panjang di DUN Repok terima projek pintu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.