Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Isu KMKK, bekalan air perlu diberi perhatian serius – Tiong
  • TEMPATAN

Isu KMKK, bekalan air perlu diberi perhatian serius – Tiong

Utusan Sarawak 7 hours ago
DATO Sri Tiong King Sing ketika berucap pada Konvensyen GPS di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, hari ini.

KUCHING: Isu pelantikan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) serta masalah bekalan air bersih antara perkara yang perlu diberi perhatian serius dalam usaha memperkukuh keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Dato Sri Tiong King Sing menegaskan, terdapat maklum balas dari akar umbi berhubung proses pelantikan KMKK yang didakwa tidak selaras dengan amalan dipersetujui dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Menurutnya, situasi tersebut khususnya di kawasan PDP menimbulkan persoalan apabila keputusan majoriti boleh diketepikan oleh pihak tertentu.

“Perkara ini mungkin dilihat kecil, namun hakikatnya ia memberi kesan besar terhadap kepercayaan rakyat kepada sistem pentadbiran kita.

“Apa yang dibangkitkan bukan bertujuan mencetuskan konfrontasi, sebaliknya untuk mempertahankan asas kerjasama dan memastikan proses yang dipersetujui bersama dilaksanakan secara konsisten,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen GPS di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

Dalam pada itu, Tiong turut memberi penekanan terhadap isu bekalan air bersih yang masih menjadi keluhan utama rakyat di beberapa kawasan.

Katanya, bekalan air merupakan keperluan asas yang tidak boleh dikompromi dan perlu ditangani secara menyeluruh melalui perancangan jangka pendek, sederhana dan panjang.

“Ada kawasan yang masih berdepan kesukaran mendapatkan bekalan air bersih untuk keperluan harian. Ini termasuk situasi ketika musim perayaan yang menjejaskan urusan asas rakyat.

“Rakyat tidak hanya menilai pengumuman, tetapi hasil yang benar-benar dirasai di lapangan,” ujarnya.

Selain itu, beliau turut mengaitkan isu air dengan cabaran infrastruktur lain seperti sistem perparitan dan banjir yang berulang, sekali gus menuntut tindakan lebih berkesan daripada kerajaan.

Sehubungan itu, beliau menggesa agar aspek penyampaian perkhidmatan terus dipertingkatkan supaya setiap perancangan kerajaan dapat diterjemahkan kepada manfaat nyata kepada rakyat.

“Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kita mesti memastikan keperluan asas rakyat, khususnya bekalan air bersih, sentiasa terjamin demi kesejahteraan mereka,” tegasnya.

Oleh Norman B

Continue Reading

Previous: Perpaduan, keharmonian tonggak utama kekuatan Sarawak
Next: Eksklusif: Bertandak kian dilupakan, usaha pelestarian perlu diperkasakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.