Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • GPS bukan sekadar bercakap tentang pembangunan, tetapi melaksanakan pembangunan Sarawak
  • SEMASA

GPS bukan sekadar bercakap tentang pembangunan, tetapi melaksanakan pembangunan Sarawak

Utusan Sarawak 6 hours ago
DATUK Amar Douglas Uggah Embas berucap pada Konvensyen GPS di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), Kuching.

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) bukan sekadar bercakap mengenai pembangunan, sebaliknya membuktikan keupayaan melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif yang membawa kemajuan nyata kepada negeri ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Konvensyen GPS 2026, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, pendekatan GPS yang berfokus kepada tindakan dan hasil telah meletakkan Sarawak pada landasan kukuh ke arah mencapai status negeri maju menjelang 2030.

“Perhimpunan lebih 5,100 perwakilan hari ini bukan sekadar simbolik, tetapi mesej jelas bahawa GPS kekal bersatu, kukuh dan tidak akan berundur dalam memperjuangkan hak serta masa depan Sarawak.

“Kita bukan hanya merancang, tetapi melaksanakan. Apa yang kita capai hari ini adalah bukti nyata usaha berterusan kerajaan GPS.

“Semua kejayaan ini bukan datang begitu sahaja, bukan turun dari langit. Kejayaan ini adalah hasil jasa dan perjuangan GPS selama ini,” katanya.

SUASANA Konvensyen GPS di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), Kuching

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen GPS di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

Tambah beliau, antara pencapaian utama termasuk pengiktirafan Sarawak sebagai wilayah berpendapatan tinggi seawal 2023, peningkatan hasil negeri yang ketara serta pembangunan infrastruktur luar bandar termasuk pembinaan lebih 5,000 kilometer jalan.

“Kerajaan GPS memastikan pembangunan dinikmati semua rakyat tanpa mengira lokasi, termasuk melalui peningkatan bekalan air dan elektrik serta peluasan akses pendidikan.

“Kita juga melangkah ke hadapan dalam ekonomi digital dan tenaga hijau, menjadikan Sarawak sebagai antara peneraju di rantau ini,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan kejayaan tersebut didorong oleh kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang disifatkan sebagai berwawasan dan berani membuat keputusan strategik.

“Di bawah kepimpinan beliau, GPS bukan sahaja berjaya mencipta kestabilan politik, malah membawa transformasi besar dalam ekonomi negeri termasuk pembangunan tenaga boleh diperbaharui dan pelaburan strategik.

“Kepimpinan beliau memastikan Sarawak bukan sekadar bergerak, tetapi melonjakan kedudukan di peringkat global,” tambahnya.

Beliau turut menegaskan bahawa tiada alasan untuk GPS tidak mencapai kemenangan besar pada pilihan raya akan datang berdasarkan rekod pencapaian dan sokongan padu rakyat.

“Dengan apa yang telah kita capai dan kekuatan yang kita ada hari ini, tidak ada sebab untuk GPS tidak menang dengan lebih cemerlang pada pilihan raya akan datang.

“GPS akan terus mempertahankan hak Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta memastikan pembangunan yang inklusif tanpa meminggirkan mana-mana golongan,” tegasnya.

Konvensyen GPS 2026 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching itu menjadi platform penting memperkukuh strategi pembangunan pasca COVID-19 serta merealisasikan visi Sarawak sebagai negeri maju berteraskan inovasi, kemampanan dan kesejahteraan rakyat menjelang 2030.

Oleh Masrin Affirah

Continue Reading

Previous: Qari Perak, qariah Sarawak johan Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan 2026
Next: Jangan hilang walau satu kerusi, GPS perlu dominasi DUN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.