Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • KPDN rekod 31 kes kenderaan asing isi RON95 sejak 1 April
  • NASIONAL

KPDN rekod 31 kes kenderaan asing isi RON95 sejak 1 April

Utusan Sarawak 18 hours ago
KETUA Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli (tengah) bersama Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Azman Adam (dua, kanan) menyertai pemeriksaan kenderaan berdaftar dari Singapura dalam operasi bersepadu JPJ bersama KPDN di susur keluar Bangunan Sultan Iskandar, malam tadi. JPJ bersama KPDN terus memperkukuh pelaksanaan penguatkuasaan Vehicle Entry Permit (VEP) di pintu sempadan darat Malaysia-Singapura melalui pendekatan bersepadu, strategik dan berimpak tinggi. Foto BERNAMA

JOHOR BAHRU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merekodkan 31 kes kesalahan kenderaan berpendaftaran asing mengisi petrol RON95 di seluruh negara sejak larangannya diperluas pada 1 April lepas.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN Datuk Azman Adam berkata perbezaan harga petrol yang ketara dan lebih rendah di Malaysia berbanding negara jiran menjadi antara faktor yang mendorong pelanggaran arahan tersebut.

“Mereka turut menggunakan alasan, kononnya tidak tahu stesen minyak yang menjual RON97,” katanya pada sidang media selepas menyertai operasi bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sini malam tadi.

Turut hadir Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli.

Azman berkata tindakan terhadap kesalahan tersebut boleh diambil sama ada melalui kompaun atau pendakwaan di mahkamah. 

Beliau berkata jika disabitkan kesalahan, individu berkenaan boleh didenda sehingga RM1 juta, manakala jumlah kompaun pula bergantung kepada jenis kesalahan serta amaun yang terlibat.

Pada masa sama katanya, beberapa syarikat stesen minyak masih dalam proses konfigurasi sistem pelaksanaan sepenuhnya larangan penggunaan kad kredit dan debit asing di terminal layan diri pam minyak.

Sementara itu, Aedy Fadly berkata JPJ setakat ini telah mengeluarkan 5,984 notis saman dengan kompaun bernilai RM2.195 juta menerusi penguatkuasaan permit kemasukan kenderaan (VEP) yang dilaksanakan sejak 1 Julai 2025.

Beliau berkata secara keseluruhan, sebanyak 82,987 kenderaan diperiksa di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) dan Taman Daya, di sini.

JPJ dan KPDN, juga katanya melaksanakan penguatkuasaan di seluruh negara termasuk Johor yang memfokuskan pemantauan dan pemeriksaan kenderaan berpendaftaran asing bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang kawalan barang bersubsidi negara.

Beliau berkata kerjasama strategik itu antaranya turut melibatkan integrasi sistem VEP dan Automatic Number Plate Recognition (ANPR) yang membolehkan pengesanan secara masa nyata terhadap kenderaan asing.

“Melalui integrasi ini data kenderaan termasuk profil pemilik dan rekod perjalanan dapat dikongsi secara  bersepadu antara agensi, sekali gus meningkatkan kecekapan penguatkuasaan dan keupayaan mengesan penyalahgunaan subsidi,” katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: LTSIP kini lapangan terbang domestik paling moden, cantik di Malaysia
Next: Eksekutif warga Malaysia maut dalam nahas helikopter di Kalimantan Barat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.