Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Hampir 200 bangkai anjing laut terdampar di pantai Caspian Kazakhstan
  • GLOBAL

Hampir 200 bangkai anjing laut terdampar di pantai Caspian Kazakhstan

Utusan Sarawak 8 hours ago
BANGKAI anjing laut ditemukan di sepanjang pantai Laut Caspian di wilayah Mangystau barat Kazakhstan.

ALMATY: Sebanyak 191 bangkai anjing laut ditemukan di sepanjang pantai Laut Caspian di wilayah Mangystau barat Kazakhstan, menurut media tempatan semalam, lapor Xinhua.

Bangkai itu dihanyutkan ke darat oleh angin barat laut sejak dua hingga tiga hari lepas, kata ketua jabatan pemeriksaan perikanan wilayah Konarbay Bazarbayev.

Pakar telah mengumpul sampel air dan tanah di tapak manakala pakar dari Institut Hidrobiologi dan Ekologi Kazakh telah mengambil sampel gigi, kuku dan organ dalaman haiwan itu untuk menentukan punca kematian, tambah Bazarbayev.

Menurut institut itu, anjing laut berkenaan dipercayai mati lebih sebulan lalu.

Berdasarkan satu kajian jangka panjang, saintis mengatakan kemungkinan punca kematian termasuk imuniti yang lemah dan rintangan keseluruhan yang berkurangan, menjadikan haiwan itu lebih mudah terdedah kepada penyakit berjangkit.

Pada 2025, sejumlah 2,212 bangkai anjing laut dijumpai di sepanjang pantai Caspian, Kazakhstan. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Jepun, 8 lagi negara setuju kurangkan 5 peratus kuota tangkapan ikan sanma
Next: Mesir berjaya  dapatkan semula 13 artifak diseludup dari AS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.