
BINTULU: Kebakaran belukar di Bulatan Jepak, Jalan Kuala Tatau di sini berjaya dikawal, melibatkan keluasan kira-kira 2.83 hektar, petang tadi.
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.05 petang sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu digerakkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba di lokasi, didapati kebakaran membabitkan kawasan belukar dengan keluasan dianggarkan 2.83 hektar.
“Operasi pemadaman dijalankan dengan membentangkan kira-kira 1,200 kaki hos hantaran ke kawasan hutan, dengan sumber air diperoleh daripada jentera tangki air,” katanya.

Kebakaran dilaporkan berjaya dikawal dan anggota masih meneruskan operasi pemadaman.
Usaha ini bagi memastikan api dipadam sepenuhnya serta mengelakkan kejadian berulang.
Oleh Carolyne Utih