Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Piala Uber: Aksi bertemu pemain berkelas dunia bantu persiapan Ling Ching
  • SUKAN

Piala Uber: Aksi bertemu pemain berkelas dunia bantu persiapan Ling Ching

Utusan Sarawak 10 hours ago
PENGALAMAN lawan jaguh dunia jadi bekal penting Ling Ching menjelang Piala Uber.

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan wanita negara, Wong Ling Ching mengakui pengalaman berdepan pemain bertaraf dunia dalam beberapa kejohanan sebelum ini banyak membantunya membuat persiapan rapi menjelang saingan Piala Uber di Horsens, Denmark, dari 24 April hingga 3 Mei ini.

Beliau berkata pertemuan dengan pemain handalan dunia itu sedikit sebanyak membolehkannya meningkatkan corak permainan, selain mengenal pasti kelemahan yang perlu diperbaiki.

“Memang bersyukur dapat bermain dengan pemain terbaik dunia sebab setiap daripada mereka mempunyai cara bermain dan skil yang berbeza.

“Sekalipun kalah ketika lawan mereka, banyak yang dipelajari daripada pertemuan tersebut,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Pemain berusia 22 tahun itu menampilkan aksi memberangsangkan apabila hampir mencipta kejutan untuk menumbangkan bekas juara dunia dari India, P V Sindhu di pusingan pertama Kejohanan Badminton Asia (BAC), minggu lepas.

Bagaimanapun, pengalaman dan skil nyata berpihak kepada Sindhu yang menyaksikan pemain itu menang dalam aksi set penentuan 15-21, 21-11, 21-19.

Ling Ching yang dijangka turun sebagai perseorangan kedua negara di Piala Uber, bertekad untuk memberikan aksi yang terbaik dan menyumbang mata setiap kali diturunkan, sekali gus membantu negara melangkah ke perlawanan kalah mati di kejohanan itu.

“Apa yang saya boleh cakap, pada kejohanan kali ini permainan kami memang sudah meningkat,” katanya.

Pada kejohanan Piala Uber, Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama Jepun, Turkiye dan Afrika Selatan.

Cabaran skuad badminton wanita negara bakal digalas M. Thinaah yang akan dibantu gandingan Carmen Ting-Ong Xin Yee serta pasangan muda, Low Zi Yu-Noraqilah Maisarah Ramdan bagi acara beregu.

Pasangan kepada Thinaah iaitu Pearly Tan tidak mengambil bahagian pada edisi kali ini selepas mengalami kecederaan belakang.

Selain itu, Malaysia turut menyenaraikan K. Letshanaa, Ling Ching, Siti Zulaikha Azmi serta bekas juara remaja dunia, Goh Jin Wei yang akan beraksi dalam acara perseorangan wanita. – Bernama

Continue Reading

Previous: KBS perluas akses pembangunan sukan belia di pedalaman Sarawak
Next: Piala Uber: Jie Yu ganti Pearly di Horsens

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.