Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • KBS perluas akses pembangunan sukan belia di pedalaman Sarawak
  • SUKAN

KBS perluas akses pembangunan sukan belia di pedalaman Sarawak

Utusan Sarawak 8 hours ago
MORDI Bimol.

KUCHING: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempergiat usaha memperluas akses kepada peluang pembangunan sukan untuk belia di pedalaman Sarawak.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Mordi Bimol, berkata kementerian kekal komited memastikan faktor geografi tidak menjadi penghalang kepada potensi golongan muda, khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman.

“Matlamat kami jelas, lokasi tidak seharusnya menentukan potensi. Kami kini mengalih tumpuan melangkaui pusat bandar bagi memastikan belia di pedalaman Sarawak menikmati akses sama kepada biasiswa sukan, geran dan program kepimpinan seperti di bandar,” katanya kepada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) ketika mengadakan lawatan ke pejabat biro Sarawak di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Biro Bernama Sarawak Ammar Shafiq Hamzah; Presiden Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) Ronnie Teo; serta Pengerusi Persatuan Wartawan Komanwel (CJA) Cawangan Sarawak Nancy Nais.

Mordi berkata kementeriannya bukan sahaja merangka dasar, malah memberi keutamaan kepada pelaksanaan berkesan bagi memastikan setiap inisiatif sampai kepada kumpulan sasar di peringkat akar umbi.

Sehubungan itu, beliau menegaskan peranan penting media khususnya Bernama Sarawak sebagai rakan strategik dalam merapatkan jurang antara inisiatif kerajaan dan komuniti luar bandar.

“Keberkesanan sesuatu dasar bergantung kepada sejauh mana ia sampai kepada rakyat. Bernama Sarawak bukan sekadar organisasi berita, sebaliknya menjadi penghubung penting antara sumber kementerian dan belia yang memerlukannya,” katanya.  – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Piala ODEA 2026 membuka tirai di Kuching
Next: Piala Uber: Aksi bertemu pemain berkelas dunia bantu persiapan Ling Ching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.