Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Tiga lelaki cuba curi kabel di terowong berhampiran Tamu Muhibbah
  • JENAYAH

Tiga lelaki cuba curi kabel di terowong berhampiran Tamu Muhibbah

Utusan Sarawak 8 hours ago
DITAHAN…Suspek ditahan untuk siasatan lanjut.

MIRI: Tiga lelaki tempatan ditahan kerana disyaki terlibat dalam cubaan mencuri kabel milik Telekom Malaysia di sebuah terowong berhampiran Tamu Muhibbah di Miri, awal pagi Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, tangkapan dibuat kira-kira 12.18 tengah malam  15 April  lalu hasil serbuan oleh anggota polis bantuan bersama Unit Risikan Operasi, Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).

Beliau berkata, ketiga-tiga suspek berumur antara 26 hingga 47 tahun itu diberkas bersama beberapa barangan yang dipercayai digunakan untuk melakukan kegiatan jenayah berkenaan.

“Serbuan dilakukan susulan laporan daripada pihak Telekom Malaysia yang mengesan gangguan talian di kawasan tersebut sebelum mengarahkan rondaan dijalankan oleh polis bantuan di lokasi kejadian.

“Hasil pemeriksaan membawa kepada penemuan serta rampasan beberapa barangan, termasuk satu unit kunci rantai, lampu suluh, gergaji besi, satu gulung wayar tembaga, dua potongan kabel fiber serta dua potongan kulit kabel,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

DIRAMPAS…Antara barangan yang dirampas daripada suspek.

Menurut beliau, kesemua suspek kini direman di lokap Balai Polis Pusat Miri bagi membantu siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan mencuri, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Paeng  Lasa di talian 014-5750622 atau 085-435081, atau hadir ke balai polis berhampiran.

Mohd Farhan menegaskan polis memandang serius kes melibatkan kecurian harta awam dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam kegiatan mencuri, merosakkan atau membeli harta awam curi sehingga menjejaskan kemudahan asas orang ramai.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: 21 ahli kongsi gelap ditahan dalam Op Pusak Merah di Sarawak
Next: Dua ditahan, lebih 1kg ganja dirampas di Kota Samarahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.