Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • GKMM mohon kuota 300 liter RON95 untuk pengamal media
  • NASIONAL

GKMM mohon kuota 300 liter RON95 untuk pengamal media

Utusan Sarawak 10 hours ago
GKMM mohon kekalkan kuota 300 liter RON95 untuk mudahkan tugas pengamal media. Foto fail BERNAMA

KUALA LUMPUR: Gabungan Kelab Media Malaysia (GKMM) memohon kerajaan memberikan pengecualian khas kepada pengamal media berdaftar untuk terus menerima kuota 300 liter petrol RON95 sepertimana dinikmati sebelum ini.

GKMM dalam kenyataan memaklumkan, langkah penyelarasan kelayakan program Budi MADANI RON95 (BUDI95) kepada 200 liter sebulan mula memberikan cabaran besar buat pengamal media yang terdiri daripada wartawan, jurugambar serta juruvideo dalam menyempurnakan tugas di lapangan.

“GKMM menerima banyak keluhan daripada pengamal media khususnya yang bertugas di negeri-negeri, yang perlu menempuh jarak perjalanan jauh serta perlu berulang-alik ke lokasi liputan setiap hari. Menyebabkan kuota 200 liter yang diterima habis lebih awal sebelum sampai tempoh kuota berakhir pada setiap hujung bulan,” menurut kenyataan itu, hari ini.

Menurut GKMM langkah berkenaan akan membantu pengamal media dalam menyempurnakan serta melancarkan kerja-kerja liputan mereka di lapangan, selain meringankan beban ditanggung terutama dalam mendepani situasi kenaikan kos yang cukup mencabar ketika ini.

Bermula 1 April lepas, had kuota bulanan individu bagi pembelian petrol BUDI95 diselaraskan sementara kepada 200 liter sebulan daripada 300 liter susulan konflik berterusan di Asia Barat dengan harga RON95 bersubsidi kekal pada RM1.99 seliter. – Bernama

Continue Reading

Previous: Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri – Met Malaysia
Next: Bakal jemaah haji warga SPRM perlu tekankan nilai kesabaran, integriti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.