Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri – Met Malaysia

Facebook
WhatsApp

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri hingga 1.00 tengah hari ini. 

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan negeri yang dijangka terjejas ialah Perak (Bagan Datuk dan Hilir Perak), Pahang (Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin), Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang), Negeri Sembilan (Port Dickson).

Turut terjejas Melaka, Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian) serta Sarawak melibatkan kawasan Kuching, Samarahan dan Sri Aman. – Bernama

Kualiti udara Sarawak kekal tidak sihat

KUCHING: Kualiti udara di sebahagian besar kawasan Sarawak masih berada pada tahap tidak sihat berdasarkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU)