Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Insiden letupan LPG di Filipina, dua terkorban
  • GLOBAL

Insiden letupan LPG di Filipina, dua terkorban

Utusan Sarawak 7 hours ago
KEADAAN lokasi kejadian di Bandar Dasmarinas, wilayah Cavite, selatan Manila semalam. Foto AGENSI

MANILA: Dua maut manakala tujuh lagi cedera selepas sebuah tangki gas petroleum cecair (LPG) meletup di kawasan perumahan di Bandar Dasmarinas, wilayah Cavite, selatan Manila semalam, menurut Biro Perlindungan Kebakaran (BFP), lapor Xinhua.

BFP memaklumkan letupan berlaku sejurus selepas 9.00 pagi waktu tempatan di sebuah rumah yang digunakan sebagai stesen pengisian semula LPG. Letupan itu meragut nyawa seorang pekerja lelaki berusia 65 tahun dan anak saudara pemilik perniagaan berusia 20 tahun.

Letupan kuat itu turut mencetuskan kebakaran serta memusnahkan rumah berhampiran dan kenderaan yang diparkir. Anggota bomba berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh kurang 45 minit.

Penemuan awal menunjukkan pemilik rumah menjalankan perniagaan tangki LPG dan menyimpan beberapa tangki di dalam kediaman berkenaan, yang mungkin menyumbang kepada kekuatan letupan.

Beberapa rumah dan kereta di kawasan sekitar musnah atau mengalami kerosakan teruk. Seorang penduduk yang rumahnya musnah berkata siling dan bumbung runtuh ketika letupan, menyebabkan struktur itu tidak lagi selamat didiami.

BFP memaklumkan siasatan sedang dijalankan bagi menentukan punca sebenar letupan serta menilai kemungkinan pelanggaran peraturan keselamatan kebakaran. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Pencuri dalam rompakan emas Romania turut sasarkan helmet Dacia kedua
Next: Lapan maut dalam nahas helikopter di Indonesia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.