Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SKAS naik, diskaun elektrik bantu hampir 900,000 rakyat Sarawak
  • TEMPATAN

SKAS naik, diskaun elektrik bantu hampir 900,000 rakyat Sarawak

Utusan Sarawak 11 hours ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika sidang media Pemberian Bantuan Khas 2026 di Kompleks Satria Pertiwi, di Petra Jaya, hari ini.

PETRA JAYA: Lebih kurang 900,000 rakyat Sarawak bakal menerima peningkatan bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) selain menikmati diskaun bil elektrik sebanyak 25 peratus dalam usaha menangani kenaikan kos sara hidup.

Demikian antara bantuan utama yang diumumkan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini.

Kadar SKAS dinaikkan kepada RM1,100 bagi isi rumah, RM600 bagi warga emas dan RM375 bagi individu bujang berbanding kadar sebelum ini.

Menurut beliau, bantuan tersebut akan disalurkan secara berperingkat dalam tiga fasa sepanjang tahun ini.

“Langkah itu melibatkan implikasi kewangan tambahan sebanyak RM136.2 juta menjadikan keseluruhan peruntukan SKAS mencecah RM680 juta.

“Pendekatan ini selari dengan usaha kerajaan negeri sebelum ini menerusi Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) ketika pandemik COVID-19 bagi membantu rakyat secara langsung,” katanya dalam sidang media Pemberian Bantuan Khas 2026 di Kompleks Satria Pertiwi, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata penerima SKAS adalah berdasarkan senarai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Bagaimanapun, individu yang merasakan mereka layak tetapi tercicir daripada senarai tersebut boleh berhubung dengan LHDN untuk pendaftaran semula.

“Kita ikut senarai LHDN, sebab itu kita anggarkan lebih kurang 900,000 penerima, tetapi kalau ada yang tercicir dan rasa layak, sila berjumpa LHDN untuk didaftarkan semula,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan kerajaan negeri memberikan diskaun bil elektrik sebanyak 25 peratus kepada pengguna domestik, dengan baki kos ditanggung kerajaan.

Langkah tersebut, katanya, mampu meringankan beban isi rumah selain bantuan tunai yang disalurkan melalui SKAS.

“Yang penting barang dapur mesti ada, sebab itu kita tambah SKAS supaya rakyat ada simpanan dan tidak terjejas,” ujarnya.

Beliau menambah, kerajaan negeri juga akan terus memantau kesan kenaikan kos termasuk terhadap sektor perniagaan dan bersedia mempertimbangkan bantuan tambahan sekiranya perlu.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Diskaun sewa 50 peratus bantu peniaga, kerajaan pantau impak kenaikan harga diesel
Next: Akaun bank bukan untuk disewa – Chong Chieng Jen

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.