Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Timbalan Pengarah Biro Kawalan Narkotik Brunei berkunjung ke IPD Limbang
  • SEMASA

Timbalan Pengarah Biro Kawalan Narkotik Brunei berkunjung ke IPD Limbang

Utusan Sarawak 7 hours ago
RAKAM KUNJUNGAN…rombongan daripada polis Brunei merakam gambar kenangan bersama rakan daripada IPD Limbang. 

LIMBANG: Timbalan Pengarah Biro Kawalan Narkotik Brunei Zainol Aji Ajmain telah mengadakan kunjungan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang.


Bersama beliau ialah pegawai dari Bahagian Risikan Operasi Biro Kawalan Narkotik Brunei.


Ketua Polis Daerah Limbang SUPT Parum Niot bersama Pegawai Kanan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Limbang DSP Peter Jumat menyambut mesra rombongan berkenaan.


Menurut kenyataan yang dikongsikan IPD Limbang, lawatan bertujuan untuk sesi suai kenal di samping mengukuhkan hubungan kerjasama strategik antara Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Limbang dan Biro Kawalan Narkotik Brunei dalam usaha membanteras aktiviti penyalahgunaan dan pengedaran dadah merentasi sempadan kedua buah negara.


Selain itu, perbincangan turut memfokuskan kepada isu semasa berkaitan penyalahgunaan dadah yang berlaku di daerah Limbang serta di negara Brunei Darussalam.

SUPT Parum menyampaikan cenderamata kepada Zainol Aji.

Pada sesi tersebut juga, pihak Bahagian Risikan Operasi BKN Brunei Darussalam telah menjalankan soal siasat ke atas seorang Orang Kena Tuduh (OKT) warganegara Brunei yang ditangkap di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.


Kunjungan hormat ini telah berlangsung dalam suasana harmoni, profesional dan mencapai objektif yang ditetapkan, sekaligus memperkukuhkan lagi kerjasama dua hala dalam menangani ancaman jenayah dadah di peringkat serantau.

Oleh Adeng Edrus

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Premier Sarawak terima kunjungan hormat Duta Besar Itali, Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh
Next: PM Australia Albanese tiba di Malaysia bagi lawatan rasmi tiga hari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.