Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM Marudi jalankan operasi musnah sarang lebah berhampiran dewan makan SK Benawa
  • Utara
  • WILAYAH

APM Marudi jalankan operasi musnah sarang lebah berhampiran dewan makan SK Benawa

Utusan Sarawak 12 hours ago
ANGGOTA APM Marudi dari Skuad Alpha menunjukkan sarang serangga jenis lebah madu yang dimusnahkan.

MARUDI: Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Marudi menerima panggilan kecemasan daripada pihak Sekolah Kebangsaan (SK) Benawa di sini bagi memohon bantuan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Marudi untuk memusnahkan sarang serangga yang terletak berhampiran dewan makan sekolah berkenaan.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Marudi, Lt. (PA) Mirwan Shah Masri berkata pihaknya menerima panggilan daripada pengadu di sekolah tersebut pada 7.41 malam, semalam.

Menurutnya, sebaik menerima makluman itu, sepasukan anggota APM Marudi yang diketuai Sarjan Siti Naquiah Abdullah bersama tiga anggota lain telah digerakkan ke lokasi yang terletak sekitar 41 kilometer dari PKOD pada 7.43 malam dengan menggunakan ambulans pacuan empat roda (4×4).

“Setibanya di lokasi, pasukan Skuad Alpha berjumpa dengan pengadu bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum menjalankan operasi,” katanya.

Beliau berkata, Skuad Alpha berjaya memusnahkan sarang lebah madu berukuran sekitar 0.43 meter itu menggunakan semburan racun serangga dalam tempoh singkat sebelum beredar dari lokasi.

Operasi tamat sepenuhnya pada 9.35 malam.

Oleh Jiku Juguong

Continue Reading

Previous: Penduduk Sinop Hilir lega isu bekalan air diberi perhatian
Next: Penyelenggaraan lampu isyarat di Bintulu Kinda esok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.