Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penduduk Sinop Hilir lega isu bekalan air diberi perhatian
  • Utara
  • WILAYAH

Penduduk Sinop Hilir lega isu bekalan air diberi perhatian

Utusan Sarawak 12 hours ago
TURUN PADANG… pihak JBALB dan JKR turun ke kampung dan menemui penduduk kampung untuk meninjau keadaan.

BEKENU: Penduduk Kampung Sinop Hilir di sini meluahkan rasa lega susulan tindakan segera Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak, Datuk Rosey Yunus berhubung isu projek bekalan air di kawasan berkenaan yang melibatkan projek kerajaan Persekutuan.

Tinjauan Utusan Sarawak ke kampung itu hari ini mendapati beberapa pegawai daripada Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Miri dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Miri, bersama wakil Pusat Khidmat DUN Bekenu, telah turun padang bagi mengadakan perbincangan dalam usaha mencari penyelesaian sementara.

TURUN PADANG… pihak JBALB dan JKR turun ke kampung dan menemui penduduk kampung untuk meninjau keadaan.

Langkah tersebut diambil bagi menangani masalah bekalan air yang dihadapi penduduk sementara menunggu pelaksanaan projek bekalan air Persekutuan dimulakan.

Difahamkan, projek bekalan air tersebut merupakan inisiatif Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), dengan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak bertindak sebagai agensi pelaksana.

TURUN PADANG… pihak JBALB dan JKR turun ke kampung dan menemui penduduk kampung untuk meninjau keadaan.

Sementara itu, Ketua Kampung Sinop, Ramlee Talip yang ditemui merakamkan penghargaan kepada Datuk Rosey Yunus serta pihak JBALB dan Jabatan Kerja Raya (JKR) atas tindakan pantas selepas menerima aduan daripada penduduk berhubung masalah bekalan air di kampung berkenaan.

Menurut wakil penduduk, Azman Khamis, penduduk telah mengemukakan permohonan untuk mendapatkan bekalan air bersih melalui pemasangan paip sejak tahun 2018, namun sehingga kini masih belum menerima kemudahan tersebut.

WILLIAM Changgan wakil Pusat Khidmat DUN Bekenu (kanan), KK Ramlee Talip (kiri), Azman Khamis (tengah)

“Berdasarkan siaran media JBALB pada 19 Julai 2022, projek dikenali sebagai Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) dari kawasan Siwak ke Jalan Pesisiran Pantai Miri telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan melalui KPLB, dengan JBALB Sarawak sebagai agensi pelaksana.

“Pada 10 April lalu, Datuk Rosey Yunus telah mengadakan perbincangan bersama pihak JBALB, dan saya bersama Ketua Kampung, Ramlee Talip turut hadir bagi mendapatkan penjelasan mengenai projek KPLB tersebut serta perkembangan bekalan air.

“Hari ini, pihak JBALB, JKR dan wakil Pusat Khidmat DUN Bekenu telah turun ke kampung kami untuk meninjau keadaan, manakala pada 17 April ini akan diadakan satu lagi sesi taklimat berkaitan projek tersebut di Pejabat Daerah Subis,” katanya.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: JCI Kuching perkukuh hubungan komuniti di AZAM Berambeh Raya
Next: APM Marudi jalankan operasi musnah sarang lebah berhampiran dewan makan SK Benawa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.