Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Piala Thomas 2026: Jadual kurang padat bakal beri kelebihan buat Zii Jia
  • SUKAN

Piala Thomas 2026: Jadual kurang padat bakal beri kelebihan buat Zii Jia

Utusan Sarawak 10 hours ago
PEMAIN perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia

KUALA LUMPUR: Jadual perlawanan tidak padat melibatkan skuad Malaysia pada saingan Piala Thomas 2026 dijangka memberi kelebihan kepada pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia yang baru pulih daripada kecederaan.

Jurulatihnya, Liew Daren berkata keadaan itu membolehkan Zii Jia mendapatkan semula rentak sebenar menjelang aksi menentang Jepun dalam perlawanan terakhir Kumpulan B.

“Saya menjangkakan perlawanan pertama menentang England dan selepas itu bertemu Finland tidak terlalu sukar, khususnya bagi perseorangan ketiga,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan pasukan Piala Thomas negara di sini hari ini.

Pada kejohanan di Horsens, Denmark itu, Malaysia akan membuka saingan Kumpulan B menentang England pada 25 April, diikuti Finland 27 April, sebelum menutup saingan peringkat kumpulan bertemu Jepun pada 29 April.

Mengulas prestasi semasa, Daren mengakui pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris itu masih belum mencapai tahap terbaiknya.

Namun, beliau yakin pemain itu mampu mencapai prestasi optimum sebelum kejohanan bermula pada 24 April, dengan tahap semasa dianggarkan kira-kira 80 peratus, selain menunjukkan perkembangan positif.

Pada masa yang sama, beliau berharap Zii Jia dapat diturunkan dalam setiap perlawanan bagi membolehkan pemain itu mendapatkan kembali rentak, namun keputusan akhir bergantung kepada barisan kejurulatihan skuad kebangsaan.

“Perkembangan prestasinya baik dan berharap minggu ini hingga minggu depan kita akan terus tingkatkan prestasinya,” kata Daren.-Bernama

Continue Reading

Previous: Farke puji kemenangan bersejarah Leeds di Old Trafford
Next: KBOK 2026: Atlet Sarawak antara tujuh cedera dalam insiden di Jitra

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.