Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • BBP Bintangor zahir penghargaan kepada PBK I Haron Jenai
  • Tengah
  • WILAYAH

BBP Bintangor zahir penghargaan kepada PBK I Haron Jenai

Utusan Sarawak 11 hours ago
KETUA BBP Bintangor, Mahmudin Narudin (dua kiri) menyerahkan cenderamata sebagai tanda kenangan kepada PBK I Haron Jenai. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Pengorbanan dan khidmat bakti Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Haron Jenai sepanjang perkhidmatan dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) diraikan menerusi majlis sanjungan budi lambaian kasih yang diadakan di ruangan bilik jentera Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata majlis tersebut diadakan sebagai tanda penghargaan atas dedikasi dan komitmen tinggi Haron Jenai sepanjang berkhidmat dalam jabatan.

“Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan atas segala jasa dan pengorbanan PBK I Haron Jenai sepanjang tempoh perkhidmatan beliau dalam JBPM.

“Sumbangan beliau amat bermakna kepada pasukan dan masyarakat setempat sepanjang menjalankan tugas sebagai anggota bomba,” katanya ketika dihubungi hari ini.

KETUA BBP Bintangor, Mahmudin Narudin (dua kiri) menyerahkan cenderamata sebagai tanda kenangan kepada PBK I Haron Jenai. Foto BBP Bintangor

Katanya, Haron Jenai akan menamatkan perkhidmatan secara rasmi pada 17 April ini, selepas mencurahkan khidmat bakti sekian lama dalam memastikan keselamatan masyarakat sentiasa terpelihara.

“Majlis turut diadakan bersempena sambutan Aidilfitri yang menampilkan konsep gerai juadah menarik daripada setiap pasukan sekali gus menyemarakkan suasana kekeluargaan dalam kalangan warga bomba. 

“Ia juga dihadiri anggota bomba bersama keluarga, pesara dan juga anggota bomba dari BBP Sarikei.

“Selain itu, pelbagai aktiviti menarik turut diadakan termasuk persembahan anggota bomba, pertunjukan bunga api, pertandingan gerai tercantik, pakaian tercantik, pakaian sedondon dan keluarga paling ramai hadir,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, agihan duit raya kepada anak-anak keluarga anggota bomba yang hadir turut menambah kemeriahan majlis selain memperkukuh hubungan silaturahim antara warga bomba dan keluarga mereka.

“Penganjuran majlis ini berperanan mengeratkan hubungan kekeluargaan dan semangat kebersamaan dalam kalangan warga bomba,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Orang ramai dijemput sertai pertandingan Pidato Toastmasters 19 April ini
Next: RM80 juta untuk melaksanakan 50 projek pembinaan jambatan di kawasan Mulu dan Telang Usan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.