Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Ops Tiris 4.0: Kerajaan perhebat lima usaha kekang ketirisan minyak
  • SEMASA

Ops Tiris 4.0: Kerajaan perhebat lima usaha kekang ketirisan minyak

Utusan Sarawak 9 hours ago
TIMBALAN Perdana Menteri Datuk AmarFadillah Yusof, yang juga Menteri Peralihan,Tenaga dan Transformasi Air (kiri) menyempurnakan majlis penyerahan Projek Siap Stesen Pam Penggalak (BPS) Sungai Lumut, pada program PETRA Skuad Zon Sarawak, hari ini. Foto Bernama

PETRA JAYA: Kerajaan mempergiat usaha membanteras ketirisan minyak melalui lima langkah utama yang dipersetujui pada mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Penyelarasan Antara Agensi Penguatkuasaan (JTPAP) baru-baru ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Amar Fadillah Yusof berkata antara usaha berkenaan ialah menetapkan agensi peneraju mengikut sektor, tindakan tegas terhadap penyalahgunaan kad fleet, menubuhkan pasukan khas Ops Tiris 4.0 Sabah, Labuan dan Sarawak, serta memperluas penggunaan kad fleet Skim Kawalan Sistem Bersubsidi (SKDS). 

TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Amar Fadillah Yusof, yang juga Menteri Peralihan,Tenaga dan Transformasi Air melawat Stesen Pelbagai Bahan Api Petroleum Sarawak (PETROS) Darul Hana di Petra Jaya pada program PETRA Skuad Zon Sarawak, hari ini. Foto Bernama

“Keputusan utama dipersetujui mesyuarat tersebut ialah penetapan agensi peneraju bagi tiga sektor utama iaitu sektor darat akan diterajui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), sektor sempadan oleh polis dan sektor perairan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bagi memperkukuh keberkesanan penguatkuasaan secara bersepadu.

“Keduanya, tindakan tegas terhadap mana-mana pihak menyalahgunakan subsidi diesel, termasuk menggantung atau membatalkan kelulusan kad fleet di bawah SKDS serta subsidi diesel nelayan,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Penubuhan Pasukan Petugas Khas Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) Peringkat Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali dan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Mohamad Abu Bakar Marzuki

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Polis ditempatkan di 151 stesen minyak berisiko tinggi – TPM Fadillah
Next: Ringgit jatuh ke paras RM3.97 sedolar berikutan situasi meruncing di Asia Barat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.