Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Hibiscus Petroleum berada dalam kedudukan baik hadapi konflik Asia Barat
  • BISNES

Hibiscus Petroleum berada dalam kedudukan baik hadapi konflik Asia Barat

Utusan Sarawak 6 hours ago
GAMBAR hiasan.

KOTA BHARU: Kumpulan Hibiscus Petroleum Bhd (Hibiscus Petroleum) berada dalam kedudukan yang baik untuk mengharungi ketegangan geopolitik global dan konflik berterusan di Asia Barat termasuk ketidaktentuan serta harga minyak yang tinggi. 

Pengerusinya, Zainul Rahim Mohd Zain berkata pihaknya akan terus beroperasi secara berdisiplin dan bertanggungjawab demi memastikan nilai yang mampan kepada semua pihak berkepentingan.

“Justeru, kita perlu sentiasa berwaspada dalam menghadapi cabaran yang bakal mendatang dan bersedia untuk mengatasinya dengan sewajarnya,” katanya ketika berucap pada majlis rumah terbuka hari raya Hibiscus Petroleum di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zainul Rahim berkata dari segi alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) pula, Hibiscus telah melaksanakan inisiatif ‘Rig to Reef’ dengan kerjasama Petronas dan Jabatan Perikanan iaitu projek penukaran pelantar South Angsi Alpha yang telah dinyahaktifkan menjadi sebuah terumbu tiruan di luar pantai Terengganu.

“Melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan Wakalah, Hibiscus terus menyokong lebih 60,000 penerima manfaat di seluruh negara, termasuk kerjasama bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Planetarium Negara dalam melaksanakan Modul Astronomi Khas pertama di Malaysia bagi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) ketidakupayaan penglihatan,” katanya.

-Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: MYguardian Rewards tawar baucar lebih RM20,000 kepada lima juta ahli sepanjang April

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.