Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Operasi sukar tanpa sumber air, kebakaran belukar di Kampung Bungai terkawal
  • KEBAKARAN

Operasi sukar tanpa sumber air, kebakaran belukar di Kampung Bungai terkawal

Utusan Sarawak 20 hours ago
KEBAKARAN belukar yang dilaporkan berlaku di Kampung Bungai, Bekenu petang semalam, dengan operasi pemadaman mengambil masa lebih lima jam

BEKENU: Satu kebakaran belukar dilaporkan berlaku di Kampung Bungai, di sini petang semalam, dengan operasi pemadaman mengambil masa lebih lima jam.

Kejadian yang bermula sekitar 4.30 petang itu menyaksikan anggota bomba berhempas pulas mengawal api sehingga berjaya dipadam sepenuhnya sekitar 10.00 malam.

Menurut sumber di lokasi, operasi pemadaman berdepan cabaran besar apabila ketiadaan sumber air berhampiran memaksa jentera bomba berulang-alik untuk mendapatkan bekalan air dari kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bekenu serta pasar berdekatan.

KEBAKARAN belukar yang dilaporkan berlaku di Kampung Bungai, Bekenu petang semalam, dengan operasi pemadaman mengambil masa lebih lima jam

Keadaan tersebut menyebabkan usaha pemadaman mengambil masa lebih lama, namun tindakan pantas anggota bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke kawasan lain.

Tiada kecederaan atau kerosakan harta benda dilaporkan setakat ini.

Punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: 54 hektar kebakaran belukar di Bintulu dan Matu-Daro berjaya dipadam  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.