BEKENU: Bekenu kini musim udang dan ramai kaki pancing turun sungai untuk memancing udang di kawasan hulu dan hilir Sungai Sibuti semalam.
Abdullah Jeffrie, 30 an ketika dihubungi semalam berkata, aktiviti memancing tidak mengambil masa lama sekitar tiga jam di kawasan hulu Sungai Sibuti.
“Cuacu memancing sangat baik, cuma kehabisan umpan dan hasil pancing hampir sekilogram sahaja, begitu juga dengan rakan seperahu.
“Aktiviti memancing udang pada hujung minggu di sini sangat seronok dan walaupun tidak mendapat hasil yang banyak,” jelasnya.
Tambahnya, terdapat ramai kaki pancing udang turun mencari rezeki dan didapati lebih lima buah perahu menuju ke hulu sungai.
Kawasan yang paling menarik memancing udang ialah di sebelah hulu, ramai rakan pancing mengatakan bahawa kawasan di hilir tidak begitu memuaskan, ujarnya lagi.
Selain itu, difahamkan bahawa di Sungai Niah turut ramai kaki pancing udang turun mencari rezeki masing-masing dengan menyewa perahu penduduk di situ.
Utusan Sarawak turut difahamkan bahawa harga udang galah (apel/sepit biru) di Bekenu adalah sekitar RM80 hingga RM90 sekilogram.
Oleh Adum Liu