Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Ibu bapa digesa memainkan peranan aktif menyokong perkembangan anak
  • PENDIDIKAN

Ibu bapa digesa memainkan peranan aktif menyokong perkembangan anak

Utusan Sarawak 9 hours ago
UNTUK KENANGAN…Tiang merakam kenangan pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina dan Hari Raya Aidilfitri serta perasmian bilik darjah pintar di SJKC Kiang Hin hari ini.

SIBU: Ibu bapa digesa supaya memainkan peranan lebih aktif dalam menyokong perkembangan anak-anak, khususnya dalam menghadapi cabaran dunia digital yang semakin kompleks.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee berkata, kanak-kanak kini terdedah kepada pelbagai tekanan dan pengaruh negatif dalam talian.

“Oleh itu, ibu bapa perlu memberi perhatian rapi terhadap perkembangan anak-anak, keyakinan diri mereka, serta minat mereka terhadap pembelajaran. 

“Marilah kita semua memainkan peranan masing-masing dengan sebaiknya,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina dan Aidilfitri serta perasmian bilik darjah pintar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kiang Hin, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan itu berkata, pelancaran bilik darjah pintar sebagai langkah penting dalam memperkukuh penggunaan teknologi dalam pendidikan.

“Kemudahan ini (bilik darjah pintar) menyediakan pendekatan pembelajaran yang lebih interaktif dan berasaskan teknologi, selari dengan keperluan semasa.

“Walau secanggih mana peralatan yang ada, kejayaan tetap bergantung kepada usaha anda sendiri,” ujarnya.

PERASMIAN…Tiang menyempurnakan simbolik pelancaran kelas pintar SJKC Kiang Hin.

Tiang turut memaklumkan bahawa sekolah berkenaan bakal menyambut ulang tahun ke-100 pada tahun depan, mencerminkan sumbangan generasi terdahulu dalam membangunkan institusi tersebut.

“Seratus tahun adalah satu pencapaian yang wajar diraikan dan saya berharap dapat berpeluang hadir dan menyaksikan detik bersejarah ini. 

“Sepanjang satu abad yang lalu, para pendahulu kita, bekas guru dan guru besar telah mencurahkan usaha dan dedikasi yang besar dalam membangunkan sekolah ini sehingga menjadi seperti hari ini,” katanya.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengurusan SJKC Kiang Hin, Kapitan So Teck Kee, Penolong Pegawai Perpaduan Bahagian Sibu, Mohammad Noridzwan Sawi, Pegawai Perhubungan Sekolah, Sarjan Rashidi Jamel dan Guru Besar SJKC Kiang, Hin Ling Ing Kiong.

Oleh Akun Giman

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: TVET jadi pilihan utama, capai kebolehpasaran 99 peratus – Fadhlina
Next: Pameran Pendidikan dan Kerjaya Datuk Sebastian Ting tawar lebih 300 peluang pekerjaan 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.