Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ACOH 2026 perluas impak legasi ke komuniti luar bandar di Lubok Antu
  • Tengah
  • WILAYAH

ACOH 2026 perluas impak legasi ke komuniti luar bandar di Lubok Antu

Utusan Sarawak 12 hours ago
PENGERUSI Kongres ACOH 2026, Dr Abu Hasan Samad mengagihkan beg sekolah kepada kanak-kanak di Rumah Ngindang, Rantau Kemayau Manis, Lubok Antu.

LUBOK ANTU: Kongres Kesihatan Pekerjaan Asia (ACOH) ke-24 tahun 2026, dengan sokongan Business Events Sarawak (BESarawak) telah melaksanakan projek Impak Legasi di Rumah Ngindang, Rantau Kemayau Manis, semalam.

Inisiatif murni ini membuktikan komitmen teguh pihak kongres dalam memperluaskan kesedaran mengenai kesihatan dan keselamatan pekerjaan sehingga ke kawasan komuniti luar bandar di Sarawak.

Program jerayawara yang berlangsung itu berjaya menghimpunkan 200 peserta, termasuk penduduk dari Rumah Ngindang dan rumah panjang yang berdekatan.

Matlamat utama inisiatif ini adalah untuk merapatkan jurang antara piawaian kesihatan profesional dengan keperluan masyarakat luar bandar melalui pemerkasaan ilmu pengetahuan bagi kehidupan yang lebih selamat.

​Sepanjang program tersebut, penduduk setempat telah dibekalkan dengan pelbagai perkhidmatan kesihatan percuma termasuk saringan kesihatan umum, pemeriksaan pergigian, serta pemeriksaan mata.

​Selain aspek kesihatan, tahap kesedaran keselamatan penduduk turut diperkukuhkan menerusi ceramah keselamatan di rumah serta demonstrasi praktikal mengenai teknik penggunaan alat pemadam api yang betul.

​Inisiatif ini menekankan betapa pentingnya program jangkauan berasaskan komuniti dalam meningkatkan akses kepada penjagaan kesihatan asas dan kesedaran keselamatan di kawasan pedalaman.

Bagi menyokong pembangunan komuniti untuk jangka masa panjang, pihak penganjur turut mengambil langkah proaktif dengan menubuhkan sebuah perpustakaan mini di dalam kawasan rumah panjang tersebut.

​Ruang khas ini diwujudkan bertujuan untuk memupuk budaya membaca dan menjadi pusat perkongsian ilmu dalam kalangan penduduk dari pelbagai lapisan umur.

Pengerusi Kongres ACOH 2026, Dr. Abu Hasan Samad berkata, pihaknya berharap inisiatif Impak Legasi ini dapat memberikan manfaat yang bermakna dan berkekalan kepada penduduk di kawasan berkenaan.

​”Selain manfaat segera daripada saringan kesihatan, kami berharap program ini menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup serta mengukuhkan amalan keselamatan dalam persekitaran rumah panjang,” ujar beliau.

Beliau menambah bahawa inisiatif seumpama ini mencerminkan misi lebih luas kongres tersebut untuk mempromosikan kesihatan dan keselamatan bukan sahaja di tempat kerja, malah di peringkat komuniti.

Projek ini dijayakan melalui kolaborasi pelbagai pihak termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Betong, Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman, Hospital Sri Aman, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Kelab Rotary Kuching, dan Kumpulan Optik Jee Kwong.

ACOH ke-24 yang dianjurkan oleh Akademi Perubatan Pekerjaan dan Persekitaran Malaysia dijadualkan berlangsung dari 5 hingga 8 Ogos 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Pendaftaran kini dibuka secara rasmi. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.acoh2026.com.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Lapan rumah di Kampung Sinop Hilir hadapi kekurangan bekalan air bersih
Next: Ramah Tamah Aidilfitri SK Bawang Tian eratkan silaturahim komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.