298 atlet sertai Kejohanan Olahraga MSSR Zon Baram Hilir

Facebook
WhatsApp
ROSE Edward Tarang bersama Guru Besar yang lain menyalakan obor kejohanan 2026 MSSR Zon Baram Hilir di
Stadium Mini Marudi. Foto : JIKU JUGUONG

MARUDI: Seramai 298 atlet daripada 15 sekolah rendah menyertai Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Rendah (MSSR) Zon Baram Hilir yang berlangsung dua hari di Stadium Mini Marudi bermula hari ini.

Perasmian Kejohanan Olahraga tersebut disempurnakan oleh Pegawai Daerah, Pejabat Daerah Marudi, Rose Edward Tarang bagi mewakili Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Penguang Manggil.

Dalam pada itu Rose menegaskan kejohanan olahraga seperti ini merupakan program yang sangat baik dalam usha melahirkan murid yang aktif, sihat dan berdisiplin.

Katanya sukan bukan sahaja bertujuan untuk menentukan siapa yang paling pantas atau paling kuat, tetapi lebih penting ialah untuk memupuk nilai murni seperti semangat kesukanan, kerjasama, disiplin dan keyakinan diri.

Menurut beliau kejohanan seperti ini juga bakat murid dapat dicungkil dan kembangkan malah bagi melahirkan atlet hebat negara pada masa akan datang.

Beliau berharap semua atlet yang terlibat dalam kejohanan ini dapat bertanding dengan penuh semangat, mematuhi peraturan pertandingan dan sentiasa menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.

SIMBOLIK…Rose Edward Tarang bersama barisan Guru Besar bagi setiap sekolah rendah memukul gendang 24 musim bagi merasmikan Kejohanan Olahraga Zon Baram Hilir. Foto : JIKU JUGUONG

Tambahnya kemenangan bukanlah segalanya tetapi usaha, pengalaman dan semangat yang ditunjukkan itulah paling bermakna.

Turut hadir Pengerusi Persatuan Guru Besar (GB) Malaysia, Cawangan Baram Charles Jalak dan Pengerusi MSSR Zon Baram Hilir GB Mering Ajang.

Olahraga MSSR 2026 ini dikelolakan bersama Guru Besar SJK (C) Chung Hua Marudi (GB Tie Wei Hieng dan SJK Sungai Jaong Marudi (GB Tiong Sing Yee) dan Guru Besar sekolah rendah Zon Baram Hilir.

Dalam pada itu pada kejohanan ini beliau mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) RM10,000 daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi, Datuk Dr Penguang Manggil kepada Jawatankuasa Pengelola MSSR Zon Baram Hilir 2026.

Oleh Jiku Jugoung

Memahami 22 Julai 1963

MINGGU lalu, Sarawak telah meraikan satu peristiwa yang penuh bersejarah, iaitu Hari Sarawak. Sambutan Hari Sarawak menjadi lebih bermakna dengan

MimiFly ke Indonesia demi Bayan

KUALA LUMPUR: Demi menghidupkan watak Bayan dalam pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLTM), penyanyi MimiFly sanggup ke Indonesia bagi