Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PDRM terus prihatin, ziarah pesara polis terlantar di Sri Aman
  • Tengah
  • WILAYAH

PDRM terus prihatin, ziarah pesara polis terlantar di Sri Aman

Utusan Sarawak 22 hours ago
IPD Sri Aman telah melaksanakan lawatan kedua sempena Program Pengesahan Pesakit (Pesara Polis/Bekas Polis) Terlantar bagi Zon Sarawak dalam usaha memastikan kebajikan golongan pesara terus terbela. Foto: IPD Sri Aman

SIMANGGANG: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman telah melaksanakan lawatan kedua sempena Program Pengesahan Pesakit (Pesara Polis/Bekas Polis) Terlantar bagi Zon Sarawak dalam usaha memastikan kebajikan golongan pesara terus terbela.

Lawatan tersebut melibatkan tiga pesara polis di sekitar Sri Aman iaitu Lans Koperal (B) Awang Yaman Pengiran Othman di RPR Taman Sentosa, Lans Koperal (B) Buma Santok Peter Pengiran di Taman Sri Jaya dan Koperal (B) Majani @ Mezani Obet di Kampung Hulu, Jalan Pasir Panas.

Program berkenaan merupakan kesinambungan kepada lawatan pertama yang telah diadakan sehari sebelumnya, sekali gus memperlihatkan komitmen berterusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjaga kebajikan pesara yang terlantar sakit.

IPD Sri Aman telah melaksanakan lawatan kedua sempena Program Pengesahan Pesakit (Pesara Polis/Bekas Polis) Terlantar bagi Zon Sarawak dalam usaha memastikan kebajikan golongan pesara terus terbela. Foto: IPD Sri Aman

Lawatan itu diketuai oleh Penolong Pengarah Pengurusan (Hal Ehwal Pesara Polis, Bukit Aman), ACP Datin Mazratul Akmar Ahmed Sabki bersama pegawai dari Bukit Aman serta Pegawai Hal Ehwal Awam/Hal Ehwal Pesara Polis (HEA/HEPP) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, ASP Muhd Akbar Busman.

Kehadiran mereka bukan sahaja bagi meninjau keadaan pesara, malah sebagai tanda sokongan moral dan penghargaan terhadap jasa serta pengorbanan mereka sepanjang berkhidmat dalam pasukan keselamatan negara.

Program ini juga dilihat sebagai medium penting untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara warga PDRM yang masih berkhidmat dengan para pesara, selain memastikan kebajikan mereka sentiasa diberi perhatian sewajarnya

Salah seorang pesara yang dilawati, Koperal (B) Majani @ Mezani Obet, mempunyai sejarah perkhidmatan yang signifikan apabila pernah menjadi rakan seperjuangan serta Pegawai Pengiring kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar semasa berkhidmat dalam Pasukan Polis Hutan (PPH) di Sibu sekitar 1969.

Kisah tersebut membuktikan dedikasi tinggi anggota polis terdahulu yang telah menyumbang kepada keamanan dan keselamatan negara, sekali gus wajar dikenang dan dihargai oleh generasi kini.

Sehubungan itu, IPD Sri Aman merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Bukit Aman dan IPK Sarawak atas komitmen berterusan dalam melaksanakan program kebajikan sebegini demi memastikan pesara polis dan bekas polis terus mendapat perhatian sewajarnya.

Turut hadir Ketua Polis Daerah Sri Aman, Superintenden Dennis Bunyam serta Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) IPD Sri Aman, Olivia Nayun Kunsu bersama Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan ahli PERKEP IPD Sri Aman.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Jambatan baharu Kampung Munggo Sawa tingkatkan keselamatan dan kesejahteraan penduduk
Next: Pendaki keletihan berjaya dibawa turun dengan selamat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.