
FLORIDA: Penyanyi rap terkenal, Offset, dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas ditembak di luar sebuah kasino di Florida.
Offset, atau nama sebenarnya Kiari Kendrell Cephus, ditembak di kawasan valet di luar Hotel dan Kasino Seminole Hard Rock, menurut kenyataan jurucakapnya kepada media.
“Beliau kini sedang menerima rawatan di hospital dan dipantau rapi,” kata jurucakap tersebut.
Menurut pihak polis, kejadian tembakan itu dipercayai berlaku susulan satu pergaduhan.
Seorang lagi penyanyi rap, Lil Tjay (Tione Jayden Merritt), telah ditahan berhubung pertengkaran yang berlaku sebelum insiden tersebut.
Bagaimanapun, pihak berkuasa memaklumkan bahawa Lil Tjay hanya dituduh atas kesalahan kelakuan tidak senonoh dan memandu tanpa lesen sah, dan tidak dikaitkan secara langsung dengan kejadian tembakan itu.
Dalam perkembangan sama, polis Seminole mengesahkan dua individu telah ditahan bagi membantu siasatan.
“Keadaan di lokasi adalah terkawal dan tiada ancaman kepada orang awam. Operasi berjalan seperti biasa,” menurut kenyataan polis.
Offset sebelum ini pernah berkahwin dengan penyanyi rap terkenal, Cardi B, dan mereka mempunyai tiga anak bersama.
Insiden ini mengimbau kembali tragedi menimpa kumpulan Migos pada 2022 apabila salah seorang anggotanya, Takeoff, maut ditembak di Houston. Migos dikenali sebagai antara kumpulan hip-hop berpengaruh dengan lagu-lagu popular seperti Versace, Bad and