Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Enam maut dalam banjir di Dagestan, Rusia
  • GLOBAL

Enam maut dalam banjir di Dagestan, Rusia

Utusan Sarawak 17 hours ago
HUJAN luar biasa cetus banjir besar di Dagestan, enam termasuk kanak-kanak terkorban. Foto AGENSI

MOSCOW: Enam termasuk tiga kanak-kanak maut dalam banjir berikutan jumlah hujan tertinggi di Republik Dagestan, Rusia, kata ketua wilayah Sergei Melikov pada Selasa, lapor Xinhua.

Hujan lebat di Dagestan pada hujung Mac dan 5 April telah mencetuskan banjir yang meluas, gangguan bekalan air dan kuasa, runtuhan batu dan aliran lumpur, merosakkan jalan dan jambatan, kata Melikov pada sidang video yang dipengerusikan oleh Presiden Rusia Vladimir Putin.

Takungan Gedzhukh di daerah Derbentsky pecah pada Ahad, memaksa lebih 4,000 orang berpindah, katanya, sambil menambah sebanyak 6,200 orang telah dipindahkan di Dagestan, dengan 55 pusat penginapan sementara didirikan.

ENAM maut, ribuan dipindahkan akibat banjir terburuk di Dagestan. Foto AGENSI

Putin berkata pada 30 Mac, hujan tiga kali ganda purata bulanan menimpa Dagestan dalam satu hari, rekod tertinggi bagi rantau itu sejak pemerhatian meteorologi bermula pada 1882.

Beliau menggesa pihak berkuasa persekutuan, wilayah dan tempatan untuk berganding bahu dalam memantau situasi secara profesional, menilai kerosakan dan memberikan bantuan undang-undang tepat pada masanya kepada mereka yang terjejas.

Menteri Kecemasan Alexander Kurenkov menyatakan peningkatan mendadak paras sungai di Dagestan berikutan taufan kuat pada hujung minggu telah menyebabkan banjir pada lebih 6,000 bangunan kediaman di 25 penempatan dan kerosakan infrastruktur pengangkutan. – Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Kereta api laju Perancis rempuh lori, pemandu TGV maut
Next: Kru ArtemisII kini dalam perjalanan pulang ke Bumi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.