Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit pulih kepada 3.99 berbanding dolar AS susulan sentimen positif pasaran
  • BISNES

Ringgit pulih kepada 3.99 berbanding dolar AS susulan sentimen positif pasaran

Utusan Sarawak 7 hours ago

KUALA LUMPUR: Ringgit mengukuh ke paras 3.99 berbanding dolar AS, disokong sentimen pasaran yang bertambah baik selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan penangguhan tindakan ketenteraan selama dua minggu terhadap Iran susulan rundingan dengan pemimpin Pakistan.

Pada 8.00 pagi, mata wang tempatan itu meningkat 0.67 peratus kepada 3.9975/4.0050 berbanding dolar AS, daripada paras 4.0275/0320 ketika ditutup pada Selasa.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Trump bersetuju dengan gencatan sementara selama dua minggu, yang disifatkannya sebagai “gencatan dua hala”.

“Keadaan ini mungkin memberi sedikit kelegaan sementara kepada sentimen pasaran di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi yang meningkat susulan kejutan daripada konflik di Iran,” katanya kepada Bernama.

Ketika ini, harga minyak mentah Brent susut 15.70 peratus kepada AS$92.12 setong, manakala Indeks Dolar AS (DXY) turun 0.35 peratus kepada 99.635 mata.

Pada pembukaan, ringgit mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.5187/5238 daripada 2.5229/5258 ketika ditutup pada Selasa. Bagaimanapun, ia menyusut berbanding euro kepada 4.6719/6806 daripada 4.6566/6618, serta turun berbanding pound Britain kepada 5.3570/3671 daripada 5.3425/3484.

Bagaimanapun, ringgit kebanyakannya mengukuh berbanding mata wang ASEAN.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1331/1392 daripada 3.1381/1419, mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 233.6/234.2 daripada 235.4/235.8, serta naik berbanding peso Filipina kepada 6.63/6.64 daripada 6.68/6.69 sebelumnya.

Ringgit susut berbanding baht Thailand kepada 12.4572/4879 daripada 12.3809/4021.- Bernama

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka tinggi, seiring kenaikan Wall Street
Next: Bursa Malaysia dibuka tinggi seiring pasaran serantau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.