Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Perarakan 10,000 peserta sempena Hari Jadi Guangze Zunwang esok
  • TEMPATAN

Perarakan 10,000 peserta sempena Hari Jadi Guangze Zunwang esok

Utusan Sarawak 20 hours ago
LALUAN perarakan.

KUCHING: Sebanyak 10,000 peserta dijangka mengambil bahagian dalam satu perarakan sempena sambutan Hari Jadi Guangze Zunwang yang akan diadakan esok, bermula 4.30 petang hingga 11.00 malam.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu, berkata perarakan tersebut turut melibatkan kira-kira 220 kenderaan.

Beliau berkata perarakan akan bermula di Jalan Ban Hock dan melalui Jalan Central Timur, Jalan Padungan, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Borneo, Jalan Bukit Mata, Jalan Main Bazaar, Jalan Gambier, Lebuh Java, Jalan Market, Jalan Kho Hun Yeang, Jalan Pearl, Jalan Tun Abang Haji Openg sebelum berakhir di Jalan Carpenter.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan bagi memastikan kelancaran program serta pergerakan aliran trafik.

Beliau turut menggesa pengguna jalan raya agar merancang perjalanan lebih awal serta memilih laluan alternatif bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kuching di talian 082-259900.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Pemasangan teduhan Pasar Bintawa tingkat keselesaan peniaga dan pengunjung
Next: Wilfred Yap lawat tapak cadangan Pasar Malam Kota Sentosa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.