
KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda sembilan negeri serta Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 9.00 malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan negeri yang terlibat ialah Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim) dan Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang).
Amaran sama turut dikeluarkan bagi Terengganu melibatkan kawasan Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman, Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin) dan Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang).
Selain itu, keadaan sama turut dijangka berlaku di Negeri Sembilan, Johor (Segamat), Sarawak melibatkan Kuching, Sri Aman, Kapit (Song dan Kapit) dan Miri (Telang Usan) manakala Sabah, iaitu Pedalaman (Beaufort dan Nabawan) dan Sandakan (Beluran). – Bernama