Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Serangan beruang di Jepun cecah rekod 238 kes dengan 13 kematian pada tahun kewangan 2025
  • GLOBAL

Serangan beruang di Jepun cecah rekod 238 kes dengan 13 kematian pada tahun kewangan 2025

Utusan Sarawak 11 hours ago
KERAJAAN akan memusnahkan kira-kira 20 peratus beruang hitam Asia di wilayah Tohoku, Kanto dan Chubu, di mana korban manusia amat tinggi. Foto Kementerian Alam Sekitar

TOKYO: Serangan beruang mencederakan atau mengorbankan rekod 238 orang di seluruh Jepun pada tahun kewangan 2025 yang berakhir bulan lepas, dengan 13 kematian turut mencatatkan rekod tertinggi, menurut kenyataan kerajaan pada Selasa, lapor Berita Kyodo.

Kedua-dua angka tersebut jauh melebihi rekod sebelumnya yang dicatatkan pada tahun kewangan 2023, apabila 219 orang diserang dan enam maut, menurut data awal yang dikeluarkan oleh Kementerian Alam Sekitar.

Pada November 2025, pentadbiran Perdana Menteri Sanae Takaichi telah menyemak semula pakej langkah balas susulan peningkatan serangan, termasuk subsidi kos tenaga kerja bagi pemburu berlesen yang dilantik sebagai penjawat awam.

Pada Mac, kerajaan pusat turut merangka pelan hala tuju yang merangkumi sasaran tangkapan di peringkat wilayah serta langkah tambahan lain. – Bernama-Kyodo

Continue Reading

Previous: Thailand pertimbang hadkan jualan petrol pada waktu malam
Next: Tentera laut Indonesia siasat penemuan kapal selam tanpa pemandu di perairan Gili Trawangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.