Kru Artemis 2 catat rekod, 700 kilometer dari bumi, atasi Apollo 13 – NASA

Facebook
WhatsApp
ANGKASAWAN NASA dan pakar misi Artemis II, Christina Koch, melihat keluar dari salah satu tingkap kapal angkasa Orion pada
4 April lalu. Foto AFP

FLORIDA: Kru misi Artemis 2 NASA mencatat jarak 252,752 batu (406,700 kilometer) dari bumi, sekali gus mengatasi rekod terdahulu yang dicapai Apollo 13 pada 1970, menurut agensi itu pada Isnin.

Peristiwa itu mencatat rekod baharu bagi jarak paling jauh yang pernah dilalui dari bumi oleh manusia, melepasi rekod Apollo 13 sebanyak lebih 4,000 batu, menurut NASA.

Apollo 13 yang dilancarkan pada April 1970, memegang rekod itu selama lebih lima dekad. 

Pencapaian berkenaan menandakan satu langkah penting dalam program Artemis NASA, yang bertujuan membawa manusia kembali ke bulan serta memperluas penerokaan angkasa lepas. – Bernama