Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Anak Angelina Jolie, Siloh, muncul pertama kali dalam video muzik K-Pop
  • HIBURAN

Anak Angelina Jolie, Siloh, muncul pertama kali dalam video muzik K-Pop

Utusan Sarawak 12 hours ago

LOS ANGELES: Anak kepada pelakon terkenal Angelina Jolie, iaitu Shiloh Jolie-Pitt, mencuri perhatian peminat di seluruh dunia apabila muncul dalam teaser video muzik K-Pop terkini.

Kemunculan mengejutkan itu dikesan peminat dalam teaser berdurasi 26 saat yang dimuat naik oleh STARSHIP Entertainment pada 2 April.

Video tersebut mempromosikan lagu What’s a Girl to Do nyanyian Dayoung daripada kumpulan Cosmic Girls.

Dalam klip berkenaan, Shiloh yang berusia 19 tahun tampil dengan gaya berani, memakai blaus renda hitam, rambut diikat dalam sanggul, serta solekan dramatik dengan sentuhan smoky eyes dan kontur keemasan.

Satu adegan menunjukkan titisan darah di bibirnya, menambah elemen misteri pada watak yang dibawa.

Peminat turut memuji persamaan ketara wajah Shiloh dengan ibunya, bintang filem Maleficent, yang dikatakan mengimbau penampilan Angelina pada era 1990-an.

Walaupun hanya muncul secara cameo, kehadiran Shiloh sudah cukup mencetuskan keterujaan.

Video muzik penuh dijadualkan dilancarkan hari ini dan dijangka menampilkan lebih banyak aksi daripadanya, termasuk elemen tarian.

Shiloh sebelum ini dikenali sebagai penari dan koreografer berbakat.

Antara persembahan yang pernah dipamerkannya termasuk tarian kepada lagu-lagu popular seperti Moves Like Jagger oleh Maroon 5, About Damn Time oleh Lizzo, dan Shivers oleh Ed Sheeran.

Untuk rekod, Shiloh merupakan anak kepada Angelina Jolie dan bekas suaminya, Brad Pitt. Pasangan itu mempunyai enam orang anak, termasuk anak angkat, Maddox Chivan dan Zahara Marley. – AGENSI

Continue Reading

Previous: ‘The Super Mario Galaxy Movie’ raih kutipan tertinggi pada minggu pertama di Amerika Utara
Next: Industri muzik Iban berduka, Jenny Tan pergi selamanya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.