AMERIKA SYARIKAT: Calon Demokrat, Joe Biden menang pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) ke-46 dengan memperolehi 284 undi elektoral manakala pencabarnya, Donald Trump dari parti Republikan hanya meraih 214 undi elektoral.
Memetik laporan AP berdasarkan unjuran yang dibuat agensi berita itu, kerusi terakhir yang dimenang Biden adalah Pennsylvania yang memberinya 20 undi elektoral.
Keputusan tidak rasmi ini menyaksikan Biden menjadi calon Demokrat pertama dalam tempoh 24 tahun untuk memenangi undi elektoral di Arizona selepas menang besar di California, New York, Minnesota dan New Hampshire yang pernah dimenangi Hillary Clinton pada 2016.
Kejayaan pada usia 77 tahun dengan kempen bertemakan ‘A Battle for the Soul of the Nation’ juga membolehkan Biden menafikan hasrat Trump untuk menjadi presiden untuk penggal kedua.-AFP