Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS, kukuh dalam kalangan mata wang utama
  • BISNES

Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS, kukuh dalam kalangan mata wang utama

Utusan Sarawak 15 hours ago

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS pada Selasa, namun mengukuh berbanding mata wang utama lain, ketika sentimen pasaran kekal berhati-hati menjelang tarikh akhir yang ditetapkan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkaitan pembukaan semula Selat Hormuz.

Pada 8.00 pagi, mata wang tempatan itu berada pada paras 4.0245/0360 berbanding dolar AS, hampir tidak berubah daripada paras 4.0245/0320 ketika ditutup pada Isnin. 

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata rundingan berterusan antara AS dan Iran memberi sedikit harapan kepada pengurangan ketegangan, namun hakikatnya keadaan masih tidak menentu.

“Setakat ini, Indeks Dolar AS kekal di bawah paras 100 mata pada sekitar 99.981, manakala indeks perkhidmatan ISM AS susut kepada 54.0 pada Mac daripada 56.1 sebelumnya, dengan subindeks pekerjaan turut merosot kepada 45.2 daripada 51.8,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata ringgit ditutup 0.10 peratus lebih tinggi pada paras 4.0282 berbanding dolar AS pada Isnin.

“Dalam keadaan tidak menentu ini, ringgit dijangka diniagakan dalam julat sempit sekitar 4.02 hingga 4.04 hari ini,” katanya.

Pada pembukaan, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.5200/5274 daripada 2.5241/5290 ketika ditutup pada Isnin, meningkat berbanding euro kepada 4.6443/6575 daripada 4.6483/6570, serta naik berbanding pound Britain kepada 5.3252/3404 daripada 5.3305/3404.

Ringgit, bagaimanapun, diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1317/1409 daripada 3.1346/1407 ketika ditutup pada Isnin, serta naik sedikit berbanding baht Thailand kepada 12.3504/3933 daripada 12.3831/4138.

Bagaimanapun, ringgit hampir tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 236.2/237.0 daripada 236.2/236.8, dan peso Filipina pada 6.70/6.73 berbanding 6.70/6.72 sebelumnya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka rendah, konflik Asia Barat jejaskan sentimen
Next: Bursa Malaysia dibuka tinggi, seiring kenaikan Wall Street

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.