Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kerajaan tidak pertimbang beri permit khas kepada ‘ulat foto’ atas dasar keselamatan
  • NASIONAL

Kerajaan tidak pertimbang beri permit khas kepada ‘ulat foto’ atas dasar keselamatan

Utusan Sarawak 7 hours ago
MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh (tengah) ketika ditemui media pada Majlis Inisiatif Penguasaan Bahasa Antarabangsa Untuk Generasi Muda Putrajaya Dan Bantuan Mobiliti Komuniti Putrajaya di CARSOME Showroom, Shaftbury Putrajaya hari ini. Turut kelihatan Presiden Perbadanan Putrajaya Datuk Mohd Sakeri Abdul Kadir (dua, kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Carsome Eric Cheng (kanan). – Foto Bernama

PUTRAJAYA: Kerajaan tidak akan mempertimbangkan pemberian permit atau lesen khas kepada individu yang menawarkan perkhidmatan fotografi tidak rasmi atau ‘ulat foto’ di beberapa kawasan tumpuan pelancong di ibu negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh menegaskan hasil lawatan tapak bersama pihak pengurusan dan keselamatan mendapati lokasi tersebut berisiko tinggi untuk aktiviti mengambil gambar.

“Apa yang kita lihat isunya adalah isu keselamatan kerana kawasan itu tidak selamat untuk melakukan aktiviti mengambil gambar. Oleh sebab itu, atas dasar keselamatan, saya rasa kita tidak boleh pertimbangkan untuk beri lesen.

“Saya bukan nak lihat  isu kebajikan ‘ulat foto’ dan aspek pelancongan semata-mata. Ia adalah faktor keselamatan,” katanya selepas menghadiri Majlis Inisiatif Penguasaan Bahasa Antarabangsa Untuk Generasi Muda Putrajaya dan Bantuan Khas Mobiliti Komuniti Putrajaya di sini hari ini.

Hannah berkata, berdasarkan dua tinjauan dilakukan dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Fadlun Mak Ujud, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan pasukan keselamatan di KLCC mendapati sudah ada pengurangan aktiviti ‘ulat foto’ di lokasi berkenaan.

“DBKL sudah memasang kamera litar tertutup (CCTV) tambahan di persimpangan berkenaan dan dalam lawatan tapak kita melihat ada kekurangan aktiviti (ulat foto) di situ. Polis juga sedang menjalankan operasi bersepadu berterusan bersama DBKL,” katanya.

Turut dipasang di kawasan berkenaan adalah sistem hebahan dalam beberapa bahasa yang membuat pengumuman setiap 10 minit, memaklumkan pelancong untuk tidak menggunakan perkhidmatan ‘ulat foto’.

Selain aspek keselamatan, Hannah menjelaskan pemeriksaan ke atas profil ‘ulat foto’ yang ditahan turut mendapati ada antara mereka terdiri daripada warga asing yang menggunakan identiti palsu.

“Sekarang ini bukan sahaja isu tak ada lesen tetapi menggunakan identiti palsu, bermaksud ada yang bukan warganegara. Oleh sebab itu, tidak boleh kita pertimbangkan pemberian lesen sekarang,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, kumpulan ‘ulat foto’ diberi amaran supaya berhenti menjalankan kegiatan itu di ibu negara khususnya sekitar kawasan tumpuan pelancong berikutan pelbagai isu membabitkan mereka. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Kerajaan garis tiga tindakan utama perkukuh daya tahan ekonomi Bumiputera 
Next: Sabah bakal miliki hospital IJN, perkukuh akses rawatan kesihatan jantung

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.