Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek Jambatan Batang Lupar 2, Jambatan Lingga pacu ekonomi Sri Aman
  • Selatan
  • WILAYAH

Projek Jambatan Batang Lupar 2, Jambatan Lingga pacu ekonomi Sri Aman

Utusan Sarawak 11 hours ago
MOHAMAD Shafizan Kepli semasa merasmikan program Jom Bejarah Rayo 2026 yang berlangsung di Dewan Serbaguna Kampung Hilir Simanggang, malam tadi. Foto: Mohamad Shafizan Kepli

SIMANGGANG: Pelaksanaan projek mega seperti pembinaan Jambatan Batang Lupar 2 dan Jambatan Lingga diyakini mampu melonjakkan pembangunan ekonomi setempat khususnya di kawasan Sri Aman dan sekitarnya.

Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli berkata, projek Jambatan Batang Lupar 2 yang menghubungkan Sri Aman dengan Lidong di Betong serta Jambatan Lingga yang menghubungkan Sebuyau dan Lingga bakal menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga.

MOHAMAD Shafizan Kepli semasa merasmikan program Jom Bejarah Rayo 2026 yang berlangsung di Dewan Serbaguna Kampung Hilir Simanggang, malam tadi. Foto: Mohamad Shafizan Kepli

Menurut beliau, kemudahan infrastruktur tersebut bukan sahaja mempercepatkan jaringan perhubungan, malah membuka peluang baharu dalam sektor perdagangan, pelancongan dan pelaburan di kawasan luar bandar.

“Projek-projek ini amat penting dalam merancakkan pembangunan, terutamanya bagi penduduk di kampung dan rumah panjang yang selama ini bergantung kepada akses yang terhad,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program Jom Bejarah Rayo 2026 yang berlangsung di Dewan Serbaguna Kampung Hilir Simanggang, malam tadi.

MOHAMAD Shafizan Kepli semasa merasmikan program Jom Bejarah Rayo 2026 yang berlangsung di Dewan Serbaguna Kampung Hilir Simanggang, malam tadi. Foto: Mohamad Shafizan Kepli

Bagaimanapun, Mohamad Shafizan menegaskan bahawa pembangunan fizikal semata-mata tidak mencukupi sekiranya tidak disertai dengan pembangunan modal insan yang seimbang.

“Projek fizikal hanya akan mendatangkan faedah maksimum sekiranya kita turut memberi penekanan kepada pembangunan pendidikan dan kemahiran dalam kalangan masyarakat,” jelasnya lagi.

Sehubungan itu, beliau menyeru anak-anak Sarawak agar merebut peluang yang disediakan menerusi dasar Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) yang diperkenalkan kerajaan negeri.

MOHAMAD Shafizan Kepli semasa merasmikan program Jom Bejarah Rayo 2026 yang berlangsung di Dewan Serbaguna Kampung Hilir Simanggang, malam tadi. Foto: Mohamad Shafizan Kepli

Katanya, inisiatif tersebut mampu melahirkan generasi berilmu dan berkemahiran tinggi yang seterusnya dapat menyumbang kepada pembangunan negeri secara menyeluruh.

Dalam pada itu, Mohamad Shafizan turut menekankan bahawa sambutan Aidilfitri memainkan peranan penting dalam mengeratkan perpaduan, kebersamaan serta semangat kasih sayang dalam kalangan komuniti setempat.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor; Temenggung Mohd Shah Achang; Temenggung Kuek Aik Seng serta Pemanca Abang Norin Abang Norudin.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tebingan Sungai Krian Saratok RM91.2 juta jadi mercu tanda baharu pembangunan DUN Kalaka
Next: Aidilfitri platform kukuhkan perpaduan dan keharmonian masyarakat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.