Kabel transformer SESCO terbakar di Jalan Bukit Tinggi, bomba bertindak pantas padam kebakaran

Facebook
WhatsApp
KABEL transformer SESCO terbakar di Jalan Bukit Tinggi, malam tadi. Foto BBP Bintangor

PAKAN: Kabel transformer SESCO telah terbakar di Jalan Bukit Tinggi pada malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata panggilan kecemasan diterima oleh pihaknya sekitar 7.56 malam.

“Komander operasi, Pegawai Bomba Kanan II Zulfaiza Mohamad dan empat orang anggota bomba bergerak ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi sekitar 8.25 malam, didapati kebakaran berlaku pada kabel transformer milik SESCO yang terletak di sebuah tiang elektrik,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

ANGGOTA bomba memadam kebakaran menggunakan satu aliran salur bantu mula air dari tangki jentera bomba. Foto BBP Bintangor

Katanya, kebakaran berjaya dipadam menggunakan satu aliran salur bantu mula air dari tangki jentera bomba.

“Selepas kebakaran dipadamkan sepenuhnya, pasukan bomba turut menjalankan pemeriksaan lanjut di lokasi bagi memastikan tiada lagi punca kebakaran semula.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 8.40 malam selepas keadaan disahkan selamat dan terkawal.

“Turut berada di lokasi ialah empat orang kakitangan SESCO,” katanya.

Oleh Earl Anek

Enjin Pajero terbakar di Jalan Nanas

KUCHING: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi Pajero mengalami kebakaran di bahagian enjin dalam kejadian di hadapan Sekolah Jenis