Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Pendaki pengsan di Taman Negara Lambir berjaya diselamatkan
  • KEMALANGAN

Pendaki pengsan di Taman Negara Lambir berjaya diselamatkan

Utusan Sarawak 14 hours ago
SELAMAT… Mangsa yang dilaporkan pengsan ketika melakukan aktiviti pendakian di Taman Negara Lambir di Miri malam tadi  berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR). Foto BBP Sentral Miri

MIRI: Seorang lelaki dilaporkan pengsan ketika melakukan aktiviti pendakian di Taman Negara Lambir di sini, malam tadi sebelum berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak, mangsa berusia 32 tahun dilaporkan pengsan ketika berada di dalam kawasan hutan bersama dua lagi rakannya.

Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.30 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral digerakkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, didapati terdapat tiga pendaki berada di dalam taman negara dan seorang daripada mereka pengsan semasa aktiviti pendakian.

“Salah seorang rakan mangsa telah keluar lebih awal untuk mendapatkan bantuan dan memaklumkan kedudukan mangsa,” menurut kenyataan tersebut.

SELAMAT… Mangsa yang dilaporkan pengsan ketika melakukan aktiviti pendakian di Taman Negara Lambir di Miri malam tadi  berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR). Foto BBP Sentral Miri

Menurut kenyataan itu, operasi SAR kemudian digerakkan melibatkan anggota Pasukan A dan Pasukan B bersama lima renjer taman negara.

“Pasukan penyelamat berjaya menemui mangsa sebelum mendapati mangsa telah sedar, namun berada dalam keadaan lemah.

“Mangsa diberikan rawatan awal serta rehat sebelum dibawa keluar dari kawasan hutan. Mangsa kemudian berjalan sendiri dengan diiringi pasukan penyelamat sehingga tiba di ibu pejabat taman negara,” katanya.

Kesemua mangsa berjaya dibawa keluar dengan selamat dan operasi ditamatkan 3.05 pagi tadi.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Kemalangan libatkan lori tiga tan, pemandu Myvi cedera

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.