Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Kemalangan libatkan lori tiga tan, pemandu Myvi cedera
  • KEMALANGAN

Kemalangan libatkan lori tiga tan, pemandu Myvi cedera

Utusan Sarawak 13 hours ago
KEADAAN kereta Perodua Myvi yang mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan selepas terlibat kemalangan dengan lori tiga tan di Batu 12, Jalan Kuching-Serian, awal pagi tadi.

KUCHING: Seorang lelaki mengalami kecederaan selepas kereta jenis Perodua Myvi yang dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori tiga tan di Batu 12, Jalan Kuching-Serian, awal pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada 6.46 pagi.

Sejurus menerima panggilan, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan yang diketuai oleh PBK II (TBK I) Mohamad Azman Sulaiman bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 20 kilometer dari balai.

Pasukan bomba tiba di lokasi pada 7.07 pagi dan mendapati kemalangan melibatkan dua kenderaan iaitu sebuah lori tiga tan dan sebuah Perodua Myvi.

Pemandu lori dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala pemandu Myvi, seorang lelaki dewasa, mengalami kecederaan pada bahu kanan.

Mangsa bagaimanapun telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.

Tiada operasi menyelamat dijalankan oleh pihak bomba, sebaliknya pasukan hanya melaksanakan kerja-kerja pembersihan di lokasi bagi memastikan keadaan selamat dan lalu lintas tidak terjejas.

Operasi melibatkan lima anggota bersama sebuah jentera CFRT itu ditamatkan sepenuhnya pada 7.35 pagi.

Oleh Norman B

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Lelaki maut dalam kemalangan libatkan pikap, dua motosikal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.