Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS didorong jangkaan NFP lebih rendah
  • BISNES

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS didorong jangkaan NFP lebih rendah

Utusan Sarawak 8 hours ago
MATA wang tempatan meningkat sebanyak 185 peratusan dalam mata (pip) kepada 4.0180/0380 berbanding dolar AS daripada 4.0365/0430 semasa ditutup semalam.

KUALA LUMPUR: Ringgit mengukuh berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini apabila pasaran bersedia untuk bacaan senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah, memberi tekanan kepada dolar AS dan menyokong mata wang serantau.

Pada 8.00 pagi, mata wang tempatan meningkat sebanyak 185 peratusan dalam mata (pip) kepada 4.0180/0380 berbanding dolar AS daripada 4.0365/0430 semasa ditutup semalam.

Pengarah Strategi Pelaburan dan Ahli Ekonomi IPPFA Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata jangkaan terhadap data NFP semakin cenderung kepada bacaan lebih rendah yang boleh memberi tekanan kepada dolar.

“Pergerakan ini selaras dengan trend serantau apabila Indeks Dolar Asia Bloomberg meningkat, menunjukkan pelarasan semula yang menyokong mata wang Asia apabila pelabur mula mempersoalkan daya tahan pasaran buruh AS.

“Ini mewujudkan ruang untuk pengukuhan ringgit berikutan sebarang kejutan dalam data NFP dijangka mendorong pelarasan semula yang sederhana terhadap jangkaan Rizab Persekutuan, mengurangkan sokongan hasil untuk dolar,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, katanya walaupun kecenderungan jangka pendek menyokong pengukuhan ringgit, situasi makro kekal menyokong dolar, dengan ketegangan berterusan antara AS dan Iran terus mengukuhkan permintaan terhadap aset selamat untuk kecairan dolar.

Sementara itu, mata wang tempatan dibuka tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit mengukuh berbanding pound kepada 5.3158/3423 daripada 5.3278/3364 semasa ditutup pada Khamis, meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.5191/5318 daripada 2.5295/5337 dan menokok berbanding euro kepada 4.6372/6603 daripada 4.6517/6592.

Mata wang tempatan turut diniagakan tinggi berbanding mata wang ASEAN.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1254/1422 daripada 3.1364/1417 pada Khamis dan naik berbanding peso Filipina kepada 6.63/6.67 daripada 6.66/6.68.

Ringgit menokok berbanding rupiah Indonesia kepada 236.3/237.6 daripada 237.4/237.9 dan tinggi berbanding baht Thailand kepada 12.3161/3930 daripada 12.3180/3447 sebelum ini. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Sarawak buka peluang pelaburan pelbagai sektor, perkukuh kerjasama syarikat Semenanjung
Next: Bursa Malaysia dibuka tinggi di sebalik risiko Asia Barat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.