Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Premier Sarawak hadiri Mesyuarat Khas Menteri Besar dan Ketua Menteri di Putrajaya
  • SEMASA

Premier Sarawak hadiri Mesyuarat Khas Menteri Besar dan Ketua Menteri di Putrajaya

Utusan Sarawak 8 hours ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersalaman dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menghadiri Mesyuarat Khas Menteri Besar dan Ketua Menteri 2026 di Dewan Persidangan, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, hari ini. Foto Pejabat Premier Sarawak

PUTRAJAYA: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Mesyuarat Khas Menteri Besar dan Ketua Menteri 2026 di Dewan Persidangan, Bangunan Perdana Putra, di sini, hari ini.

Hadir sama mengiringi Premier Sarawak ke mesyuarat tersebut, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut dihadiri Menteri Besar dan Ketua Menteri semua negeri.

PM Anwar dalam satu kenyataan di Facebook beliau berkata mesyuarat berkenaan menjadi wadah penting untuk meneliti secara menyeluruh perkembangan krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat.

“Pendekatan yang diambil berteraskan data serta realiti semasa, agar setiap pimpinan negeri dapat bertindak secara selari, bersepadu dan berpaksikan fakta bersama Kerajaan Persekutuan.

“Dalam kerangka ini, Kerajaan menggerakkan perancangan senario yang teliti dan menyeluruh bagi mendepani pelbagai kemungkinan, termasuk memastikan kesinambungan bekalan tenaga negara sentiasa terjamin dalam apa jua keadaan.

“Fokus Kerajaan MADANI kekal tegas dan tidak berganjak, memastikan kestabilan bekalan, membendung tekanan kenaikan harga serta melindungi rakyat daripada kesan langsung krisis ini,” ujar Perdana Menteri.

Sejurus selepas mesyuarat tersebut, Premier Sarawak turut mengadakan pertemuan empat mata bersama PM Anwar di Pejabat Perdana Menteri.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Penjawat awam di Wilayah Persekutuan dan semua ibu negeri layak BDR tiga hari seminggu, beberapa sektor dikecualikan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.