
JAKARTA: Gunung Dukono di Halmahera Utara, wilayah Maluku Utara, Indonesia, meletus sekali lagi pada Khamis, 11.22 pagi waktu tempatan, lapor Xinhua.
Letusan itu memuntahkan abu tebal berwarna putih hingga kelabu setinggi 1,500 meter dari puncak, atau kira-kira 2,587 meter dari paras laut, menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi.
Gunung Dukono sebelum ini turut meletus pada pagi Selasa, dengan abu gunung berapi mencecah sehingga 900 meter dari puncaknya.- Bernama-Xinhua