Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penduduk Lawas bertuah nikmati pelbagai projek pembangunan
  • WILAYAH

Penduduk Lawas bertuah nikmati pelbagai projek pembangunan

Utusan Sarawak 11 hours ago
PUSAT AKUATIK… Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Gerawat Gala diiringi Ahli Parlimen Lawas, Henry Sum Agong, serta Pengarah Agensi Pembangunan Wilayah Utara Sarawak (NRDA), Ubaidillah Latip meninjau pelaksanaan projek Pusat Akuatik Lawas yang bertaraf olimpik.

LAWAS: Penduduk di sini disifatkan bertuah kerana memiliki kepimpinan yang berjaya membawa pelbagai projek pembangunan sehingga menjadikan kawasan itu semakin maju di utara Sarawak.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Gerawat Gala, berkata projek Pusat Akuatik Lawas di Kompleks Sukan Lawas merupakan antara inisiatif penting yang mampu membangunkan sukan air di negeri ini.

Menurutnya, pelaburan kerajaan dalam pembinaan pusat akuatik bertaraf olimpik itu diharap dapat dimanfaatkan bagi melahirkan atlet sukan air bertaraf antarabangsa seperti Ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong.

PAPAN TERJUN… Menara acara terjun di Pusat Akuatik Lawas di Kompleks Sukan Lawas.

“Kita berharap kemudahan ini dapat digunakan sepenuhnya untuk melahirkan lebih ramai atlet berpotensi ke peringkat antarabangsa,” katanya ketika melawat tapak projek tersebut, hari ini.

Beliau turut memaklumkan bahawa projek berkenaan mengalami sedikit kelewatan, namun pihak pemaju komited untuk menyiapkannya selewat-lewatnya penghujung Disember tahun ini.

“Memang terdapat kelewatan kira-kira 30 peratus daripada jadual asal, namun pihak kontraktor menyasarkan projek ini siap sepenuhnya menjelang hujung tahun,” jelasnya.

Dalam pada itu, Gerawat yang diiringi Ahli Parlimen Lawas, Henry Sum Agong, serta Pengarah Agensi Pembangunan Wilayah Utara Sarawak (NRDA), Ubaidillah Latip turut meninjau projek Jambatan Bandar Lawas.

TAKLIMAT PROJEK… Kemajuan projek Jambatan Bandar Lawas.

Menurut beliau, jambatan tersebut bakal menjadi mercu tanda baharu pembangunan daerah itu selain meningkatkan kemudahan perhubungan penduduk setempat.

“Jambatan ini amat luar biasa dari segi saiz dan reka bentuk. Inilah kelebihan yang dinikmati penduduk Lawas hasil kepimpinan berwawasan seperti ADUN Bukit Sari merangkap Timbalan Premier Sarawak, Awang Tengah Ali Hasan serta Ahli Parlimen Lawas,” katanya.

MENYUSURI JAMBATAN… Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Gerawat Gala diiringi Ahli Parlimen Lawas, Henry Sum Agong dan rombongan berjalan kaki sejauh 1.5 kilometer merentasi jambatan yang menyeberangi Sungai Lawas.

Tambah beliau, projek jambatan itu kini mendahului jadual pembinaan dan dijangka dapat dirasmikan pada penghujung tahun ini.

Gerawat turut menyatakan kepuasan terhadap mutu kerja kontraktor yang disifatkan kemas serta berpengalaman dalam menyiapkan projek jambatan ikonik tersebut.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Gerawat tinjau pos sempadan, tekankan penambahan pegawai
Next: Majlis Ramah Tamah Aidilfitri SK Agama MIS Sri Aman kukuhkan silaturahim warga sekolah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.