Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Borneo 100 Triathlon pacu pelancongan sukan, sasar pengiktirafan antarabangsa
  • SUKAN

Borneo 100 Triathlon pacu pelancongan sukan, sasar pengiktirafan antarabangsa

Utusan Sarawak 10 hours ago
DATO Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada sidang media penganjuran Acara Triathlon Borneo 100 di Bangunan Baitulmakmur II, hari ini.

PETRA JAYA: Penganjuran Borneo 100 Triathlon 2026 dilihat sebagai langkah strategik dalam memperkukuh kedudukan Sarawak sebagai destinasi utama pelancongan sukan berasaskan acara ketahanan .

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, acara sulung itu bukan sekadar pertandingan, tetapi berperanan sebagai pemangkin ekonomi yang mampu menarik pelancong bernilai tinggi ke negeri ini.

“Acara ini bukan sahaja meningkatkan kehadiran pelancong, malah menggalakkan tempoh penginapan lebih lama serta perbelanjaan lebih tinggi dalam kalangan peserta antarabangsa,” katanya pada sidang media penganjuran Borneo 100 Triathlon di Baitulmakmur II, di sini hari ini.

Menurut beliau, Borneo 100 Triathlon yang akan berlangsung pada 21 Jun depan di Sematan menawarkan pengalaman unik melalui gabungan tiga disiplin utama iaitu renang laut terbuka, berbasikal di laluan pesisir serta larian di Lebuh Raya Pan Borneo.

Tambahnya, lokasi di Sematan memberikan nilai tambah tersendiri kerana menggabungkan elemen budaya, alam semula jadi dan pengembaraan selaras dengan pendekatan pelancongan Sarawak berteraskan Budaya, Pengembaraan, Alam Semula Jadi, Makanan dan Festival (C.A.N.F.F).

Dalam pada itu, beliau memaklumkan acara tersebut telah mendapat sambutan awal yang memberangsangkan dengan penyertaan atlet dari dalam dan luar negara termasuk Singapura, Brunei, Indonesia, Jepun, China, Rusia dan Itali.

“Setakat ini lebih 20 peratus peserta adalah dari luar negara dan kita menjangkakan angka ini akan terus meningkat selepas sidang media ini,” jelasnya.

Karim turut menegaskan bahawa acara tersebut diiktiraf di bawah Persatuan Triathlon Malaysia serta menggunakan sistem pemasaan rasmi bertaraf Sukan SEA, sekali gus memastikan pematuhan kepada standard keselamatan dan integriti pertandingan.

Selain itu, beliau berkata penganjuran acara berkenaan dijangka memberi manfaat langsung kepada komuniti setempat khususnya di Sematan, termasuk pengusaha inap desa, peniaga makanan dan penyedia perkhidmatan pengangkutan.

“Lebih 60 peratus perbelanjaan berkaitan acara disasarkan memberi limpahan ekonomi kepada perniagaan tempatan, sekali gus menyokong pembangunan pelancongan yang inklusif dan mampan,” katanya.

Beliau optimis Borneo 100 Triathlon berpotensi berkembang sebagai jenama acara triathlon bertaraf antarabangsa sekiranya penganjuran edisi sulung ini berjaya dilaksanakan dengan baik tanpa sebarang isu atau insiden.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Legenda bola sepak Bulgaria Borislav Mihaylov meninggal dunia pada usia 63 tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.