Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bekalan RON95 di Bekenu pulih, orang ramai tarik nafas lega
  • Utara
  • WILAYAH

Bekalan RON95 di Bekenu pulih, orang ramai tarik nafas lega

Utusan Sarawak 13 hours ago
PENUH…Keadaan di stesen minyak Shell dan Petronas yang menyaksikan pelbagai jenis kenderaan beratur panjang untuk mendapatkan bekalan bagi kegunaan harian masing-masing.

BEKENU: Isu kehabisan petrol RON95 di dua stesen minyak, Shell dan Petronas di sini, akhirnya berjaya diatasi susulan ketibaan bekalan melalui lori tangki tepat seperti dijadualkan pada tengah hari ini.

Tinjauan Utusan Sarawak dua hari lalu di lokasi mendapati pengusaha stesen minyak Shell, Penghulu Choo Chong Yee, sebelum ini memaklumkan bahawa bekalan minyak dijangka tiba pada hari ini (1 April).

Seawal 9.00 pagi tadi, orang ramai dilaporkan telah mula memenuhi kawasan stesen minyak bagi menunggu ketibaan lori tangki tersebut.

Keadaan itu menyaksikan pelbagai jenis kenderaan beratur panjang untuk mendapatkan bekalan bagi kegunaan harian masing-masing.

Berdasarkan maklumat terkini bagi tempoh 26 Mac hingga 1 April, harga petrol RON95 untuk golongan sasar (BUDI95) kekal pada RM1.99 seliter, manakala RON97 meningkat kepada RM5.15 seliter dan diesel di Semenanjung kepada RM5.52 seliter.

Harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan pula kekal pada RM2.15 seliter.

Masalah bekalan minyak di kawasan ini dilaporkan berlarutan hampir seminggu, dengan lima hari lalu pihak stesen minyak Shell mengambil langkah menghadkan pembelian kepada RM20.00 bagi setiap kenderaan.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: LPKP Sarawak lancar enam laluan baharu Bas.My Kuching
Next: Warga emas hilang di hutan ditemui selamat oleh penduduk kampung

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.